Thursday, 1 August 2013

PENTING: LAHAD DATU BERDARAH TAPI BILA 3 PETUALANG "TERSEBUT" AKAN DIDAKWA??????


KUALA LUMPUR 31 Julai - Sebuah persembahan pantomin oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengusik perasaan para hadirin dalam Istiadat Hari Pahlawan 2013 di Dataran Merdeka hari ini.

Terdapat juga dalam kalangan hadirin yang tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menitiskan air mata mengenangkan pengorbanan perajurit negara mempertahankan tanah air sehingga menggadaikan nyawa sendiri.

Bertemakan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, persembahan yang sarat dengan pelbagai aksi ketenteraan tersebut berjaya membawa penonton menjiwai peristiwa yang meragut nyawa sembilan perwira negara.

Mereka ialah Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29; Sarjan Sabaruddin Daud, 46; Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52; ASP Michael Padel, 36; Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48; Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27; Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49; Koperal Salam Tugiran, 42 dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24.

Suasana persembahan menjadi lebih memilukan apabila skrin besar memaparkan kesemua profil perajurit yang gugur tersebut sambil membaca sebuah sajak yang dipercayai daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir seorang perwira gugur.

Antara bait sajak tersebut berbunyi; "Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur di medan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya."

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan menghadiri istiadat tersebut serta melakukan pemeriksaan Barisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; pembesar negara serta duta asing.

Dalam sambutan itu juga, tiupan sayu trompet serta begol yang mengalunkan Paluan Akhir atau istilah Inggerisnya, Last Post menimbulkan rasa sayu dalam kalangan hadirin.

Ketika dimainkan, Jalur Gemilang secara simboliknya diturunkan dan anggota tentera, polis serta pertahanan luar yang beruniform memberi tabik hormat sementara hadirin lain turut berdiri bagi memperingati pahlawan negara yang terkorban demi mempertahankan tanah air.

Di medan perang pada zaman dahulu, Paluan Akhir dimainkan pada pukul 6.30 petang iaitu ketika anggota tentera mencari dan mengumpulkan mayat rakan terkorban serta di peringkat sejagat pula, diperdengarkan ketika pengebumian anggota pasukan keselamatan terkorban ketika bertugas.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130801/dn_03/Pantomin-pencerobohan-Lahad-Datu-usik-perasaan-penonton#ixzz2agcRHd8V
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bila Jabatan Peguam Negara akan mula pendakwaan???? 
Anwar kau duk mana skang ni????

4 comments:

  1. Ntah kalau bab nak tubuh RCI siasat penjenayah-penjenayah kapir harbi mati cepat je buat. Tapi RCI Dalang Lahad Datu lambat kemain.

    Peguam Negara tak free kot?

    ReplyDelete
  2. apa dah jadi kat RCI? bila nak tubuh? selepas pru 14 ker?

    ReplyDelete
  3. hahaha... semua drama je beb... yg mati real... mana ada dalang... dah tentu dalang dia UMNO.. kalo tak dah lama bg tau.

    ReplyDelete
  4. Sedih betul setiap kali menatang wajah arwah-arwah PERAJURIT kita, yang dibunuh dengan begitu KEJAM, terutamanya yang Islam/Melayu, dari lawan Dajal-Dajal Cina Komunis termasuk rusuhan 13 Mei,Jepun dan sekarang kat Lahad Datu ini. Jadi PENGKHIANAT negara DAPBIAWAK/PKR yang ditaja Barat-Israel, JANGAN kita kasi dia dapat kuasa bila-bila!

    Si Barat-Israel (dan sekutu mereka dari DAPBIAWAK/PKR di Malaysia), hanya tahu hendak memaksa Dunia Islam dan “Dunia Ketiga“ mengamalkan ala Barat-Zionis/bukan Islam - demokrasi, hak asasilah yang termasuk persamaan hak semua bangsa-jantina-agamalah serta kebebasan mutlak (ala-Syaitan durjana - dalam segala hal), hak asasi penagih seks-pornografi-homoseksual (termasuk Mak Nyah)/dadah-steroid-judi yang bebas, dan segala macam lagi SAMPAH PENIPUAN mereka; tetapi si rejim-rejim Barat-Israellah pula yang membunuh umat Islam sesuka hati seperti di Palestin, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq,! Jadi kenapa si PENGGANAS Barat-Israel sendiri tidak pula di hukum Mahkamah Antarabangsa ciptaan Barat-Zionis, iaitu International Criminal Court (ICC: bukan bawah UN - lihat http://www.icc-cpi.int/en_menus/icc/about%20the%20court/Pages/about%20the%20court.aspx) di Hague di Belanda itu (Barat-Zionis cuba memutar-belit dengan sering membangkitkan isu kononnya ada rejim Barat, Serbia yang juga dihukum satu lagi mahkamah, yang di bawah Tribunal UN, tetapi sebenarnya sebab rejim Serbia yang dulu walaupun memang dihukum sebab membunuh umat Islam Bosnia, tapi juga dihukum kerana amat anti-EU/US. Maka ia sahaja satu-satunya rejim Barat yang dihukum, dan bukan juga di ICC).

    Dan lagi, Ban Ki-moon (bekas Menteri Luar Korea Selatan yang pro-US; begitu juga Presiden ICC yang juga dari Korea Selatan - tidakkah ganjilnya ini) dari UN dan birokrasinya, rata-ratanya pro-Barat-Zionis!

    Maka kita dari Dunia Islam dan “Dunia Ketiga“, janganlah sampai takut sangat pada GERTAKAN berterusan “demokrasi/hak asasi manusia” SAMPAH Barat-Zionis/Bukan Islam, macam hamba-abdi mereka!

    MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete