Wednesday, 14 December 2011

ISU NFC: MESTI TEGAS KALAU MAHU RAKYAT PERCAYA BN


Kontroversi melibatkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak wajar dibiarkan membebankan UMNO, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
Mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan UMNO dengan isu syarikat itu, beliau berkata sikap berdiam diri dan enggan tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog, boleh mengelirukan rakyat.

Katanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan UMNO, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana UMNO tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata UMNO bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Paling sedih, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi sasaran pembangkang apabila dilemparkan tuduhan kononnya melindungi keluarga Shahrizat.

"Mengapa pula UMNO, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita UMNO, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian," katanya. Beliau berkata itulah kaitan yang sedang hebat disebarkan pembangkang dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

Syed Ali mengulas desakan Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Mohamad Salleh agar lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Antara yang turut bersuara meminta Shahrizat meletak jawatan ekoran isu ini ialah Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Moktar Radin, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghafur Salleh dan timbalan setiausaha Pemuda MCA Loh Chew Jun. - BERNAMA

Note: Sharizat, dengarlah nasihat orang tua yang berpengalaman seperti Tun. Apa yang Tun cakap betul dan ada kebenaran. Memang usaha blogger pertahan Sharizat dalam kes ini demi kebaikan UMNO dengan berkata ia tiada kaitan dgn Sharizat sebab itu syarikat suaminya. Namun, mesti ingat suami Sharizat dapat projek itu atas kapasiti Sharizat. Kalau UMNO-BN mau disegani oleh rakyat, msti bersikap tegas dan telus dalam apa jua kesalahan dibuat.

sumber: KLIK

~ pengikut Muhammad saw

2 comments:

  1. itulah pasal..tak jujur.Kerajaan bagi pinjam rm250 juta suruh bela lembu untuk kurangkan import daging tapi gunakan duit tu beli kondo,beli tanah,beli kereta mewah dan bagi gaji tinggi pada keluarga.Kalau shahrizatketua wanita cawangan dapat kah laki dia projek sebesar itu?Kau berentilah ijat dalam semua jawatan dalam parti dan kerajaan.Kau untung besar tapi parti pulak yang rugi besar kerana nak defend kau...inilah manusia tamak lagi bodoh...

    ReplyDelete
  2. Kalau buat kilang proses tahi lembu jadi baja kan bagus. Boleh juga kerja dan tumpang cari makan kat situ ...

    ReplyDelete