Friday 23 December 2011

SPRM GELEDAH PEJABAT NFC?


KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriksa pejabat National Feedlot Corporation (NFCorp) di Jalan Solaris, Mont Kiara, di sini.

Difahamkan, enam pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memasuki pejabat NFCorp sebelum 3 petang tadi.

SPRM kini menyiasat dakwaan berhubung kontroversi projek penternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (NFC), di Gemas bernilai RM250 juta yang dibiayai dana awam.

Semalam, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata sesiapa saja yang terbabit termasuk ahli pengurusan kanan syarikat akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di sini, hari ini.
Katanya, setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar Datuk dan kes ini sudah diserahkan kepada pihak polis.

"Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat secara telus serta profesional yang mungkin," kata beliau.
Sumber: KLIK

1 comment: