Tuesday 12 June 2012

VIDEO PANAS: BENARKAH NEGARA INI TIDAK LAKSANAKAN ISLAM?



Ikuti penjelasan Ustaz Fathul Bari. Ya, tang mana pemerintah negara ini sekarang tidak hidupkan syiar islam?

Nabi Muhammad saw berkata bahawa asas agama islam 5 Rukun Islam. Islam tertegak atas 5 tiang iaitu Syahadahtain, solat, puasa, zakat dan haji.

Mana satu perintah Allah yang penting diatas yang jadi tunjang kepada agama islam telah dihalang oleh pemerintah sekarang di negara ini daripada diamalkan?

Pasti jawapannya tidak ada malahan institusi kerajaan yang mendokong syiar islam, institusi pendidikan, institusi masjid dan banyak lagi menggalakkan 5 rukun islam diamalkan dengan sebaik mungkin.

Bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah, menengah hinggalah universiti bahawa di semua peringkat ini menekankan umat islam negara ini supaya mengamalkan islam dengan betul seperti yang disyariatkan.

PAS menuduh pemerintah sekarang tidak jalankan hukum islam? 5 Rukun islam bukan hukum islam yang fardhu? Bukankan kah islam tegak atas 5 rukun islam?

Percayalah negara ini majoriti penduduknya beragama islam. Ini negara orang islam. Pemilik negara ini adalah beragama islam. 

Cuma ada kekurangannya, tidak dapat dinafikan. UMNO mendokong islam tapi tidak amalkan islam dengan sepenuhnya. Adakah PAS yang bergegar-gegar cakap tentang islam amalkan islam dengan sepenuhnya? berapa ramai ahli PAS yang tidak solat berjemaah? berapa ramai ahli pas yang berzina dengan anak isteri orang? berapa ramai ahli pas yang tidak menipu?

Jadi, ahli PAS juga kurang mengamalkan islam sama seperti ahli UMNO. 

Hukum-hukum Allah yang lain dari 5 rukun islam memang belum sempurna diamalkan oleh umat islam di negara ini termasuk dalam perundangan seperti Hudud yang mana PAS telah jadikan isu Hudud ini seolah-olah Hudud milik PAS, walhal tidak benar. Namun sebenarnya hudud boleh diamalkan dinegara ini kerana saya bersetuju dengan pendapat Prof Nasoha dalam hal ini KLIK

No comments:

Post a Comment