Sunday 25 August 2013

GEMPAR!!! ADAKAH AIR MANI & C4 MEMILIKI KAKI DAN TANGAN???

Dunia penuh dengan kejutan. Bagaimana air mani Anwar dijumpai dalam dubur Saiful? Kenapa DNA Anwar dijumpai pada spesimen air mani yang dijumpai dalam dubur Saiful. Dan DNA tersebut sepadan dengan DNA milik Anwar yang diesktrak pada botol air dan tuala good-morning yang Anwar guna ketika penahananya dalam lokap polis semasa siasatan kes liwat 2.

Dua kumpulan pakar yang berbeza menguji kaji DNA pada dubur dan bahan yang diguna oleh Anwar dalam lokap. Kumpulan Pakar 1 menguji DNA pada air mani dan Kumpulan Pakar 2 menguji DNA pada bahan dalam lokap. Hasil ujikaji ialah apabila kedua-dua kumpulan pakar menguji kesepadanan kedua-dua DNA ia mengesahkan bahawa pemilik air mani dalam dubur saiful ialah milik Anwar.

Persoalannya ialah adakah air mani milik Anwar memiliki kaki atau sayap  sehingga boleh masuk ke dalam dubur saiful?

Anwar dibebaskan kerana mahkamah mendapati ada kesilapan teknikal. Namun keputusan ini tidak berhenti disitu kerana ramai orang masih tertanya-tanya bagaimana air mani Anwar boleh ada dalam dubur Saiful?

Setiap orang samada rakyat yang neutral, penyokong pemerintah dan penyokong pembangkang mempunyai jawapan dan tekaan yang berbeza-beza.

Dan yang pasti Allah Maha Tahu siapakah yang sebenarnya bersalah.

Begitu juga kes pembunuhan Altantuya. Abdul Razak Baginda bebas. Sirul bebas. Hazillah bebas. Siapakah yang meletupkan peledak C4 pada badan mendiang Altantuya? Siapakah keluarkan arahan untuk bunuh mangsa ini? Siapa yang tangkap dan bawanya ke tempat pembunuhan? Kenapa arahan dikeluarkan? Apakah motif pembunuhan? Kenapa tindakan sekejam ini dibuat pada seorang wanita yang dikatakan sedang hamil? Kenapa & siapa....?

Banyak soalan timbul dibenak fikiran setiap manusia yang ikuti kes ini.

Abdul Razak Baginda dibebaskan kerana tidak cukup bukti untuk sabitkan kesalahan manakala Sirul dan Hazillah dibebaskan kerana mahkamah mendapati ada kesilapan teknikal. Namun keputusan ini tidak berhenti disitu kerana ramai orang masih tertanya-tanya bagaimana C4 meletup pada Altantuya?

Persoalannya ialah adakah C4 memiliki kaki & tangan atau sayap boleh tangkap dan terbangkan Altantuya ke tempat pembunuhan?

Setiap orang samada rakyat yang neutral, penyokong pemerintah dan penyokong pembangkang mempunyai jawapan dan tekaan yang berbeza-beza.

Dan yang pasti Allah Maha Tahu siapakah yang sebenarnya bersalah.

Ya Allah berilah keadilan kepada dua mangsa ini.

1 comment:

  1. Jalan cerita nya sama...Anwar, sirul ,Azilah di bebaskan atas sebab kelemahan teknikal....adakah Altantuya meletopkan dirinya sendiri ? Saiful Meliwat dirinya sendiri ?....Wallahuaqlam.

    ReplyDelete