Monday 24 October 2011

AHLI PAS SUDAH MELUAT DENGAN PAS, TANDANYA...






Himpun yang dengan izin Allah berjaya menghimpun sejumlah besar umat islam baru-baru ini memberi petunjuk kepada pimpinan PAS bahawa PAS tidak lagi menjadi pembela umat islam negara ini. Ini semua gara2 PAS terlalu ghairah memburu kuasa bersama DAP dan Anwar sehingga terlupa matlamat asal perjuangan PAS mahu menegakkan syiar Islam yang bertunjangkan akidah yang teguh kepada Allah swt dan berlandaskan sunnah Nabi Muhammad saw.

Pemerhati melihat sebilangan besar yang hadir dalam Himpun ialah ahli2 PAS, mahasiwa yang pro-PAS dan paling famous ahli PAS yang juga merangkap di barisan pimpinan PAS yang turut hadir ialah Dato Dr Hassan Ali. Keputusan Hadi Awang tidak diendah oleh mereka kerana keputusan Hadi Awang ialah bersifat politik iaitu demi menjaga undi bukan islam dalam DAP terutamanya lebih2 lagi PRU13 semakin dekat dalam hitungan. Ahli2 PAS yang hadir ke Himpun melihat agenda yang lebih utama daripada politik iaitu akidah umat islam. Syabbas!!!

Sekarang kalau nak tahu sokongan ahli PAS terhadap PAS telah merudum jatuh! KLIK
Akan banyak lagi penghijrahan akan berlaku dan juga ahli2 PAS tidak akan keluar mengundi tanda protes terhadap PAS yang semakin terang tinggalkan agama demi undi.

~ pengikut Muhammad saw
 

No comments:

Post a Comment