Tuesday 11 October 2011

BOB- DARI ARTIS JADI PEROSAK ISLAM

Ramai orang islam yang kurang dan cetek pengetahuan tentang ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw tertipu dengan islam yang ditafsir oleh ustaz2 dan ulama2 yang bukan haq dari PAS. Ulama dan ustaz dalam PAS sama seperti ahli2 kitab zaman bani Israel yang telah tukar ajaran islam sebenar yang dibawa oleh nabi dan rasul yang dihantar oleh Allah kepada bani israel. Kerana ketaksuban kaum bani isreal kepada ahli2 kitab mereka yang dikenali sebagai rabbai (ulama bani israel), mereka ikut membuta tuli kepada ulama2 mereka walhal ulama mereka telah ubah ajaran islam sebenar yang Allah wahyukan kepada nabi dan rasul mereka supaya kena dengan selera dan kemahuan dunia mereka. Perbuatan mereka samada ulama2 ataupun kaum bani israel telah Allah cela dan laknat seperti yang diterangkan dalam Quran. Perbuatan yang taksub kepada ulama membuta-tuli sehingga membelakangkan Nabi Muhammad saw telah berlaku ditahap yang serius terutamanya dalam PAS dan Jemaah Tabligh.

Ulama dan ustaz PAS telah ubah ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw kepada tafsiran islam yang baru. Mereka tafsir boleh perjuangkan islam melalui parti politik walhal ia tidak pernah dibuat oleh mana2 nabi dan rasul yang Allah hantar ke muka bumi Allah swt. 

Islam ditegakkan dengan kerja dakwah yang mana setiap nabi dan rasul diperintah oleh Allah supaya mengajak orang yang bukan islam supaya mengaku dan bersaksi 'Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah' dan mengingatkan orang islam yang engkar supaya mentaati segala perintah2 Allah swt.

Selanjutnya KLIK

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment