Wednesday, 5 October 2011

PRU13




Aku berusaha dapatkan pandangan orang melayu secara random tentang kes Najib dan Namewee. Setakat yang aku bertanya kepada lebih kurang 20 orang melayu, semua tidak puas hati. Jadi ratio antara melayu setuju dan tidak setuju dengan sampel melayu 20 ialah 0:20 . Bayangkan kalau skala yang besar iaitu jumlah semua melayu yang layak mengundi sama dengan sampel 20 orang tadi. Tidak kah DAP suka? Mahukah PRU 13 menjadi lebih buruk kepada BN daripada PRU 12?

Kemarahan anak-anak muda Melayu kepada kelancangan mulut Namewee terus membuak-buak. Hari ini telah mula kedengaran suara-suara bising anak Melayu yang rasa tercabar dengan keangkuhan mulut Namewee dan rasa tercabar itu bagai disiat-siat oleh kata-kata Perdana Menteri bahawa Namewee adalah seorang anak muda yang berfikiran kreatif hanya kerana Namewee mengatakan yang dia adalah penyokong kuat 1 Malaysia.

Video yang dipaparkan DI SINI adalah bukti suara kemarahan anak-anak muda Melayu kepada keangkuhan mulut Namewee.

Sahabat blogger juga telah mula melahiran rasa kurang senang kepada kenyataan Perdana Menteri yang seolah-olah tidak mengambil pusing kepada video video yang telah direka oleh Namewee. Benar ada kreatifnya seperti yang didakwa Perdana Menteri tetapi jauh daripada itu haruslah Perdana Menteri menilai akan isi kandungan video-video tersebut.

Tidaklah dapat dinafikan wujudnya kepincangan di sana-sini di dalam mana-mana negara tetapi keangkuhan Namewee yang hanya menjurus kepada orang-orang Melayu jelas menampakkan agenda tersembunyi yang mungkin sedang dipopok popok oleh parti politik tertentu dan Namewee adalah perkakas yang digunapakai untuk melayarkan agenda tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa kenyataan Perdana Menteri berhubung Namewee adalah kata-kata politik tetapi mungkin Perdana Menteri terlupa bahawa orang-orang Melayu di kampung tidak pernah terdidik dengan pendidikan untuk menganalisa politik lantaran mengambil kata-kata Perdana Menteri yang mengatakan Namewee adalah seorang yang kreatif sebagai satu kekusutan minda Perdana Menteri.

Mungkin Perdana Menteri jauh lebih bijak daripada kita sebagai rakyat biasa tetapi jangan sampai pula kebijaksanaan itu perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk diterjemahkan. Kebijaksanaan Perdana Menteri menangani perkara ini adalah suatu yang amat dinanti-nantikan rakyat dan rakyat tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menidakkan kebijaksanaan Perdana Menteri bila berlangsungnya PILIHANRAYA.

Sumber dari Jebat Berkokok KLIK

No comments:

Post a Comment