Saturday, 8 October 2011

ANWAR KANTOI LAGI DENGAN HAL SAKIT BELAKANG


Sebelum ini doktor dari Jerman cakap anwar tidak boleh membongkok. Setelah ditunjukkan dengan rakaman CCTV di tempat kejadian liwat berlaku bahawa dalam rakaman tersebut anwar ada membongkokkan badan tanpa menampakkan keuzuran sepertimana yang didakwa oleh peguambela anwar, terus doktor dari Jerman ubah kenyataan bahawa anwar tidak boleh membuat pergerakan pantas pulak. Kantoi lagi lah kau anwar.

Aku sendiri dengan mata kepala aku tengok pujaan kau tu si Anwar solat sunat kat masjid aku di Gombak tahun ni. Pada masa tu dia datang bersama Azmin Ali. Aku tengok dia solat macam biasa seperti orang lain dan ketika rukuk dan sujud langsung tidak nampak seperti seorang yang uzur.

Sebenarnya bukan masalah anwar sakit atau tidak yang mana doktor dari Jerman tu boleh di bayar ikut skrip drama Anwar sejak pemeriksaan tulang belakang selepas keluar penjara Sg Buloh dulu. Pertuduhan kepada Anwar sekarang ialah berlaku atau tidak liwat kerana DNA Y dalam rektum saiful sama dengan DNA yang didapati pada barang2 Anwar di lokap polis.

Anwar dah check-mate!

~ pengikut Muhammad saw 

No comments:

Post a Comment