Wednesday, 28 September 2011

JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN UMAT ISLAM


Islam ialah agama yang diredhai oleh Allah swt untuk seluruh manusia. Islam adalah agama yang telah Allah wahyukan kepada seluruh manusia bermula Nabi Adam a.s hinggalah nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad saw. Tidak ada tokok tambah lagi dalam agama. Tidak ada tafsiran yang lain daripada apa yang Nabi saw telah tunjukkan kepada sahabat-sahabat ketika zaman Mekah 13 tahun dan zaman Madinah 10 tahun. Islam terkandung dalam kitab Al-Quran dan Sunnah.

Apakah Al-Quran?

Al-Quran adalah kitab yang menerangkan perintah2 Allah terhadap manusia atau apa yang Allah mahu manusia buat ketika hidup di dunia ini. Bagaimana cara melakukan perintah2 Allah adalah dengan melihat apa yang Nabi Muhammad saw lakukan. Sahabat-sahabat adalah golongan manusia yang melihat cara bagaimana Nabi Muhammad saw mentaati perintah2 Allah. Oleh itu, untuk kita tahu bagaimana mentaati perintah2 Allah, kita mesti lihat sunnah Nabi Muhammad saw dan sunnah sahabat2 ketika Nabi Muhammad saw masih hidup.

Apakah Sunnah?

Cara yang Nabi Muhammad saw tunjukkan dalam mentaati setiap perintah2 Allah dinamakan 'Sunnah' atau kata lain 'Tarikat' atau dalam bahasa melayu 'Jalan' atau 'Cara'.

Nabi Muhammad saw bersabda 'kamu tidak akan sesat sampai bila2 selagi kamu berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah'

Tafsiran kepada Al-Quran adalah perbuatan Nabi Muhammad saw. Jadi, sunnah nabi Muhammad saw adalah tafsiran Al-Quran. Kerana itulah, Aisyah r.ha isteri rasulullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad saw adalah Al-Quran bergerak dan akhlak Nabi saw adalah akhlak Al-Quran. Hal ini kerana setiap perbuatan Nabi saw sentiasa menepati Al-Quran.

Selepas era kegemilangan islam, orang yang belajar agama dalam islam mulai menafsir Al Quran tanpa merujuk kepada sumber hadis yang menerangkan bagaimana Rasulullah saw dan Sahabat lakukan untuk mentaati perintah2 Allah yakni tidak merujuk kepada Sunnah Nabi dan Sahabat. Orang agama mulai menafsir Al-Quran tanpa melihat Nabi dan Sahabat. Mereka menafsir Al Quran mengikut kefahaman mereka semata-mata. Bermulalah era umat islam jadi sesat dan menyimpang dari ajaran sebenar islam yang dibawa oleh Nabi saw kerana tiada yang diberi faham yang betul oleh Allah bagaimana islam diamalkan melainkan Nabi Muhammad saw.

Kenapa sesat?


Kerana orang agama yang terkemudian selepas era sahabat, solefussolihin mulai tafsir Al-Quran tanpa lihat sunnah Nabi saw seperti mana hadis di atas. Kerana orang agama masing2 mahu tafsir Al Quran ikut kebijaksaan sendiri tanpa lihat sunnah nabi saw. Walhal mereka tidak ada wahyu sebagai panduan sebagaimana nabi saw.

Apabila orang agama tafsir Al-Quran tanpa lihat Nabi saw maka orang agama akan tafsir ikut faham dan akal masing2 tanpa berlandaskan Sunnah. Maka lahirlah pelbagai kefahaman dalam islam. Setiap kefahaman diketuai oleh orang agama yang mengeluarkan tafsir baru dan didokong oleh pengikut masing2 yang membentuk kumpulan atau pergerakan seperti mana hadis Nabi saw berikut;

Bani isreal pecah 72 golongan dan umatku pecah 73 golongan yang mana 72 golongan adalah sesat dan hanya 1 golongan sahaja lurus iaitu yang ikut sunnahku dan sahabatku.

Mengikut ulama haq, golongan yang sesat dari 72 golongan umat nabi saw bukanlah kafir semuanya (melainkan yang esktrem seperti Ayah Pin) atau batal syahadah sepertimana orang bukan islam atau yang murtad, namun mereka sesat dari jalan sunnah nabi saw kerana ikut tafsiran yang salah serta melencong dari ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw.

Setiap pergerakan dan kumpulan masing2 mengaku merekalah yang ikut sunnah Nabi saw walhal tidak kerana guru agama mereka menafsir islam tanpa berlandaskan sunnah Nabi saw dan sahabat. Contoh mudah di Malaysia berapa banyak kumpulan yang lahir dari tafsiran islam yang baru seperti PAS, ABIM, Jemaah Tabligh, Al-Arqam, salafi atau wahabi, kumpulan2 tarikat, Qardiani, Syiah dan banyak lagi kalau nak disenaraikan seperti golongan pengebom berani mati (al-qaeda, JI ) yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah swt. Antara kumpulan2 tersebut ada yang keluar terus dari Islam sebenar seperti Qardiani, Syiah, Ayah Pin, Haji Kahar.

Akibat dari tafsiran Al quran yang tidak merujuk kepada sunnah nabi saw, kumpulan2 umat islam perjuangkan islam tidak lagi seperti yang Nabi saw dan sahabat lakukan. Kumpulan2 islam tersebut tidak melihat apa yang Nabi saw dahulukan dan apa yang dikemudiankan.

Nabi saw dan sahabat2 tegakkan islam bermula dengan tunaikan perintah Allah pertama iaitu tunaikan hak rukun islam pertama iaitu dakwah kalimah syahadah kpd orang bukan islam dan solat selama 13 thn di Mekah, kemudian tunaikan puasa, zakat, haji dan seluruh syariat2 islam dalam pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam seperti Qisas, Takzir serta Hudud, Faraidh dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia selama 10 thn di Madinah.

Sebaliknya ulama2 PAS tafsir islam ikut kefahaman mereka, perintah Allah mula-mula nak dihidupkan ialah hukum Hudud dan negara islam, walhal ketika zaman Nabi saw ianya dilakukan kemudian di Madinah.

Jemaah Tabligh pula perintah Allah mula-mula nak dihidupkan ialah keluar jalan Allah walhal perintah itu dilakukan ketika era Madinah seperti sebarkan kalimah islam ke tempat yang jauh dari Madinah. Ketika era kebangkitan islam di Mekah, Nabi saw tidak menyuruh sahabat2 keluar ke jalan Allah seperti Jemaah Tabligh lakukan tetapi mendakwahkan kalimah syahadah sekitar kota Mekah.

Akibat dari tafsiran Al quran yang tidak merujuk kepada sunnah nabi saw, kumpulan2 umat islam yang ekstrem caci mencaci sesama islam serta berpecah belah sebagaimana hadis nabi saw dibawah;

Bila umatku mencintai dunia maka luputlah daripada mencintai islam, bila umatku meninggalkan kerja amar makruf nahi mungkar maka Allah akan tarik kefahaman wahyu (tidak faham Quran mengikut kehendak Allah), bila umatku caci mencaci sesama islam maka hilanglah pandangan Allah kepada umat islam.

Dalam pentas politik juga umat islam negara ini yakni yang berbangsa melayu berpecah belah diantara PAS, PKR dan UMNO sehingga bangsa lain menunggu kehancuran umat islam negara ini dengan harapan suatu hari nanti mereka akan memerintah negara ini seperti yang terjadi kepada umat islam yang berbangsa melayu di Singapura.

Apakah jalan umat islam kembali mulia, bersatu dan berkuasa?

Tiada jalan lain melainkan kembali kepada ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw dan bersedia meninggalkan ajaran islam yang menurut tafsiran orang agama yang tidak berlandaskan sunnah nabi saw yang telah menjadi punca kepada perpecahan dalam islam sendiri. Tiada yang berkuasa menyatukan umat islam melainkan Allah swt. Allah akan satukan kita umat islam bila umat islam mengamalkan islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi saw.

Apakah ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan yang telah mengikutinya iaitu golongan sahabat boleh berubah dari jahiliyah kepada golongan yang benar2 beriman?

Nabi Muhammad saw telah bersabda bahawa islam tegak atas lima rukun iaitu bersaksi 2 kalimah syahadah, menunaikan solat, puasa bulan ramadhan, berzakat dan menunaikan haji.

5  rukun islam ialah asas islam dan merupakan asas perintah2 Allah. Bersama 5 rukun yang menjadi asas islam itu, Allah syariatkan peraturan2 dalam pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia. Apabila 5 rukun islam diamalkan dgn betul seperti Nabi saw, iman meningkat yakni 6 rukun iman akan meningkat dalam diri umat islam, maka perbuatan orang islam akan jadi betul.

Apakah sebab orang islam masih tidak disatukan, dimuliakan serta diberi kuasa oleh Allah sedangkan pada umumnya orang islam sebahagiannya masih amalkan islam yang asas dalam 5 rukun islam berserta syariat2 islam yang lain dalam kehidupan mereka? Apakah silapnya?

Jawapannya ialah umat islam di seluruh dunia termasuk Malaysia selepas era sahabat & salefussolihin telah meninggalkan tuntutan atau hak kepada rukun islam yang pertama iaitu bersaksi 2 kalimah syahadah. Orang islam menyangka selepas mengucap penyaksian 2 kalimah, tidak ada apa2 tuntutan atau hak pada kalimah mulia ini. Walhal selepas mengucap atau menerima kalimah ini, tuntutan atau haknya ialah mendakwahkan kalimah syahadah kepada golongan bukan islam seperti Nabi Muhammad saw dan sahabat2nya telah lakukan. Manakala sesama islam berpesan-pesan tentang janji orang islam untuk taat perintah2 Allah swt ketika melafazkan penyaksian kalimah ini dan berpesan2 sesama islam akan maksud kalimah mulia ini.

Era kebangkitan Islam zaman Mekah menyaksikan selama 13 tahun Nabi saw bersama sahabatnya menunaikan hak rukun islam pertama ini dengan mendakwahkan kalimah syahadah kepada golongan bukan islam dan pada tahun ke 11 di Mekah, rukun islam kedua diturunkan iaitu solat. Selama 13 tahun di Mekah hanya 2 rukun islam Allah fardhukan. Ini menunjukkan asas utama islam ialah berpegang kepada 2 rukun islam ini yang menjadi tunjang kepada keteguhan iman umat islam yang melakukannya seperti golongan sahabat.

Selama 10 tahun di Madinah selepas Hijrah, 3 lagi rukun islam difardhukan berserta syariat2 islam yang lain seperti pemerintahan, nikah-kahwin, jual-beli, akhlak sesama manusia, undang2 islam seperti qisas, takzir, hudud dan sebagainya yang merangkumi seluruh kehidupan manusia.

Ini jelas menunjukkan bahawa golongan sahabat mendapat iman yang teguh setelah bersama Nabi saw mendakwahkan 2 kalimah syahadah kepada golongan bukan islam di Mekah beserta menunaikan solat fardhu. Iman sahabat terus meningkat apabila perintah2 Allah yang diturunkan di Madinah mereka taati dengan patuh sebagaimana yang Allah kehendaki.


Kebangkitan islam bermula era Mekah selama 13tahun dan kecemerlangan & keagungan islam zahir di era Madinah selama 10 tahun yang dipimpin oleh Rasulullah saw sendiri dan diteruskan di era Khulafak Rasyidin.

Islam akan bangkit di Malaysia kembali bila umat islam tegakkan islam sepertimana yang Nabi saw dan sahabat2 telah lakukan iaitu bermula di era Mekah dan era Madinah.

Hancurnya islam dan umat islam harini ialah kerana apa yang Nabi saw dan sahabat2 lakukan di era kebangkitan islam selama 13 tahun yakni menunaikan hak rukun islam pertama iaitu mendakwahkan kalimah syahadah kepada bukan islam telah ditinggalkan oleh semua lapisan orang islam. Bermula dari orang agama yakni ustaz2 beserta ulama hinggalah orang islam yang biasa, semuanya telah berhenti daripada mengajak orang bukan islam kepada mengucap 2 kalimah syahadah seperti Nabi saw dan sahabat2 lakukan. Walaupun masih ada lagi orang islam yang tunaikan solat, puasa, zakat dan haji namun orang islam sudah tinggalkan tuntutan atau hak rukun islam pertama. Kerana itulah dan inilah jawapan kepada soalan kenapa orang islam tidak dimuliakan oleh Allah, tidak diberi kuasa oleh Allah spt kuasa khalifah di zaman sahabat, tidak diberi harta seperti zaman era kegemilangan islam dulu.

Sayangnya Jemaah Tabligh yang mendakwa jemaah dakwah gagal mendakwahkan kalimah syahadah kepada bukan islam seperti nabi saw lakukan di era kebangkitan islam dan era kecemerlangan islam kerana asyik dengan mengajak orang islam ke masjid duduk dalam majlis ceramah mereka dan bertukar jadi seperti mereka keluar 3h, 40h dan 4B dengan mengasingkan diri daripada realiti kehidupan. PAS pula asyik fikir siang malam untuk berkuasa dan menyahkan UMNO dari Putra Jaya sehinggakan islam tergadai satu demi satu.

Sebagaimana gesaan Agong Malaysia Tuanku Mizan dan Raja Nazrin dalam Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia supaya umat islam berusaha martabatkan islam dan menghalang mana2 anasir yang cuba meruntuhkan kesucian islam.

Umat islam negara ini perlu perlu sahut gesaan ketua agama islam negara ini dengan kembali amalkan islam sebenar yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan sahabat2nya bermula di era kebangkitan islam di Mekah sehingga Allah redha dan Dia akan mengurniakan kemuliaan, kekuasaan dan kebaikan kepada umat islam negara ini seperti era kegemilangan islam di Madinah sebagaimana janji Allah swt dalam Quran;

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. - Surah Annur ayat 55

Khilafah dan Nubuwah sudah lama terpisah dalam umat islam. Islam datang ke Nusantara melalui sebilangan orang islam dalam bentuk persendirian dan bukan dibawah Khilafah. Permulaan kehancuran umat islam apabila kerja Nubuwah dan Khilafah terpisah. Khilafah yang terakhir hancur pada tahun 1924. Bila sampai masanya, Nubuwah(kerja dakwah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul) dan Khilafah(pemerintahan yang Allah kurniakan kepada segolongan orang beriman sepertimana janji Allah swt dalam surah annur ayat55) akan kembali disatukan oleh Allah swt sebelum kedatangan Imam Mahdi dan Isa a.s. dan seterusnya dunia ini akan berakhir dengan Allah kiamatkannya dan bermulalah kehidupan semua manusia di tempat yang kekal abadi samada neraka atau syurga......

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment