Saturday, 11 May 2013

GEMPAR!!! SAYA BERJUANG BUKAN KERANA NIK AMAR TAPI KERANA PANGKAT & KUASA


VIDEO RAKAMAN

Sesiapa yang mendengar ceramah Husam diatas dengan mudah dapat mengesan kekecewaannya ditolak daripada membarisi exco negeri Kelantan.

Kalau tidak masakan disebut nama musuh politiknya iaitu Nik Amar dan plot awal yang dibuat untuk menjatuhkannya. Katanya "sekilas ikan di air saya sudah tahu jantan betinanya dan saya telah mengesan perkara ini 3 4 tahun yang lalu".

Walaupun Husam cakap dia tak kecewa tetapi nada dan isi ceramahnya menggambarkan dia sangat kecewa hingga disebut apa yang telah hilang darinya iaitu kereta kerajaan, pangkat dan pejabat.

Husam sangat sangat sangat kecewa sehinggakan Husam seakan akan bertegas memberi ancaman untuk membongkar salah laku musuh politik dalam partinya sendiri.

Kenapa Husam kecewa? tidak lain tidak bukan ialah kerana perjuangan puak puak pemimpin PAS sama dengan pejuang politik lain iaitu kerana mengejar pangkat, kuasa dan harta.

Pemimpin-pemimpin PAS ni sebenarnya tipu orang je cakap mahu islam  padahal yang dikejar ialah harta kuasa juga. Dan orang yang ditipu ialah orang orang bodoh yang semangat nak agama tapi tersalah pilih jalan seperti aku 10 tahun dulu.

Aku sangat membenci PAS hingga sekarang kerana mereka hipokrit. Buktinya bila PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, keburukan pemimpin PAS terserlah. Belang mula nampak. Semua yang buruk yang selama ini tersembunyi dibawah laungan nak islam mula nampak. Bolot harta seperti balak untuk kroni, bolot tanah untuk kroni, salah guna kuasa dan apa keburukan sebahagian pemimpin UMNO buat mereka buat walau baru dapat kuasa.

Ramai lagi orang yang bodoh ikut PAS macam lembu kena cucuk hidung kerana tertipu itu jalan islam walhal jalan islam yang salah tafsir ikut selera Nik Aziz dan Hadi Awang. Nak tegakkan agama tapi guna jalan bukan Sunnah Nabi saw iaitu jalan batil, sistem demokrasi.

Sebab itu islam tidak tegak dengan PAS. Malahan makin buruk lagi sehinggakan kalimah Allah digadaikan demi kuasa. 

PAS ialah parti puak khawarij yang menyesatkan umat islam dari ikut Quran & Sunnah.

1 comment:

  1. TAK PERLULAH KOMEN BANYAK BUAT DOSA KERING SAJA. YOU ALL LIHAT PERANGAI ORANG PAS, BETUL KE CARA ISLAM LAGI?

    ReplyDelete