Saturday, 11 May 2013

PENTING!!! NAJIB WAJIB HAPUSKAN SEKOLAH VERNAKULAR JIKA MAHU PUPUK PERPADUAN KAUM


Sejak keputusan PRU13 diumumkan, sifat rasis bertambah kembali dalam negara ini. Melayu mulai membenci Cina kerana mengkhianti pemerintah dengan memberi sokongan penuh kepada parti rasis Cina DAP.

Sebenar, rasis ni semua kaum ada, banyak dengan sikit je bezanya melainkan orang yang benar-benar beriman seperti para sahabat. 

Orang putih di US dulu hingga sekarang belum hilang sifat rasis mereka terhadap kaum kulit hitam. Hinggakan ada percubaan untuk bunuh Presiden US Barack Obama oleh orang kaum putih. 

Begitu juga di Isreal, masalah ini juga berlaku sehinggakan pemerintah di sana menyediakan bas awam yang asing untuk bangsa arab dan bangsa yahudi.

Samalah di negara kita ini yang berbilang kaum memang tidak dapat elak daripada masalah ini berlaku. Ia bergantung kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menanganinya dengan baik.

Najib sepatutnya sedar, untuk memupuk perpaduan kaum bermula dari kecil lagi dan bukannya dah besar cukup dengan laungkan slogan 1 Malaysia sambil tunjuk jari keatas.

Najib harus sedar dari zaman kanak-kanak lagi anak anak yang berbilang bangsa sepatutnya didedahkan untuk bersama. Belajar bersama, bersukan bersama, tinggal sekampung atau sekawasan di bandar. Tanpa bergaul hari hari tidak mungkin perpaduan antara kaum dapat direalisasikan.

Untuk ini dapat berlaku, masyarakat berbilang bangsa harus diubah penempatan dan persekolahan. Kampung melayu dan kawasan perumahan melayu dibawa masuk kaum-kaum lain mengikut kepadatan sesuatu kawasan begitulah juga penempatan kaum-kaum lain.

Mungkin sesetengah kawasan mempunyai kompsisi penempatan berbilang kaum yang sudah baik namun kerana anak-anak sekolah berasingan kerana sistem sekolah vernakular maka anak anak tidak ada peluang untuk mengenali satu sama lain.

Bila anak anak besar menjadi remaja sekolah menengah, mereka masih diasingkan lagi kerana sekolah vernakular. 

Setelah masuk universiti mereka diasingkan lagi sekarang kerana kewujudan universiti-kolej yang ikut kaum terutamanya kaum Cina seperti Limkokweng TAR Segi dan lain-lain. Jadi Cina terus bersama Cina. Melayu terus bersama Melayu. India bersama India.

Bila masuk alam pekerjaan sifat rasis mereka menebal. Kerana sejak kecil tidak bersama kesan akibat buruknya sekolah vernakular.

Sekarang kaum Cina sudah tunjuk siapa mereka dengan tinggalkan pemerintah dan percaya kepada DAP. Pertubuhan pendidikan kaum Cina seperti Dong Zong sudah tidak boleh bercakap banyak lagi kerana Najib sebelum PRU13 telah memberi bantuan yang banyak kepada kaum Cina sehingga ada sebahagian kaum Melayu naik benci kepada Najib kerana terlalu ikutkan kehendak Cina.

Pemerintah sekarang sepatutnya abaikan suara bantahan Cina. Hentikan sekolah vernakular dan wujudkan sekolah yang berbilang kaum. 

Najib jangan takut buat perubahan ini sekalipun ditentang kaum Cina. Najib berani buat perubahan yang melukakan hati Melayu, kenapa tidak untuk perkara yang sangat penting ini demi perpaduan rakyat Malaysia?

10 comments:

  1. Betultu, kalau tidak perkara ini tidak akan selesai. Kita lihat perkara ini amat jelas dikalangan anak muda. Kalau dibiarkan rosak negara

    ReplyDelete
  2. Memandangkan kaum cina telah menolak untuk bersama bn maka kita harap Dato Najib dapat melaksanakan aegnda pembangunan insan berasaskan pendidikan dalam usaha beliau untuk menyatukan semua kaum dibawah 1 bendera malaysia , Kaum cina suak atau tidak , BN harus bertegas untuk tempoh 5 tahun in i .. (1) Perluaskan usahan menjayakan sekolah wawasan berteraskan Bahsa Malaysia sebagai teras pendidikan (2) Kurangkan peruntukkan kepada sekolah jenis kebangsaan khususnya beraliran cina. (3) Memperkayakan pendidkan sekolah bersyaratkan kecemerlangan dalam pelajaran sejarah dan bahasa malaysia

    Selain itu bertegas seperti Kerajaan Singapura dalam mendaulat Bahasa Kebangsaan . Jika Singapura boleh menjadi Bh Inggeris dan Bh mandarin sebagai bahasa kedua kenapa tidak Malaysia menjadkan Bh Malaysia ditempat pertama dan Bh Inggeris ditempat kedua . Bahasa mandari dan India boleh dijadikan bahasa pertuturan harian.

    Kita perlu bertgeas jika tidak mahu hanyut

    ReplyDelete
  3. ada berani ke najib???

    ReplyDelete
  4. Betul..krn sekolah vernakular ramai cina cakap melayu pelat dan fail jadi rakyat malaysia kalau buat syarat untuk dapat IC biru mesti lulus ujian oral bercakap melayu.

    ReplyDelete
  5. Ada berani Najib?? Clueless and especially now, balless...that is Najib. Dia sengaja suruh Cina memegang dan memicit buah telurnya....Ini manusia tidak seharus dilantik lagi seandainya tidak melakukan satu anjakan yang mencerminkan eras sokongannya.....

    ReplyDelete
  6. Saya sokong 1000%, sebab ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Selain itu, Sekolah Tadika PASTI juga adalah merupakan tanah persemaian benih penentang kerajaan, sebab menurut khabarnya, kanak-kanak diTabika ini juga dididik menghina dan memperlekehkan pemerintah yang sah. Harap BN dan Kementerian Pelajaran turun tangan.

    ReplyDelete
  7. Betol....betol......betol........saya sokong 1juta persen

    ReplyDelete
  8. Ini baru betul2 namanya 1 Malaysia !! Saya sokong!

    ReplyDelete
  9. Mana lebih penting, nak jaga sekolah vernakular ke nak jaga keselamatan negara

    ReplyDelete
  10. Kita harus melihat isu sekolah vernakular dari sudut positif dan bukannya beremosi.

    Sila ikuti tulisan saya bertajuk,"isu sekolah vernakular : kemana haluan SJK Cina "

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/isu-sekolah-vernakular-ke-mana-haluan.html

    ReplyDelete