Saturday, 25 May 2013

PENTING!!! MAJISTRET NORASHIKIN SAHAT PERLU DISIASAT


Semua rakyat yang cintakan keamanan sangat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Majistret Norashikin Sahat semalam apabila dia telah menolak permohonan PDRM untuk menahan reman 3 pengkhianat negara ini untuk siasatan lanjut. 

Adakah hasutan yang telah dibuat oleh 3 pengkhianat ini supaya rakyat bangkit untuk menggulingkan kerajaan yang sah dibentuk tidak mengancam keamanan dan kestabilan negara pada fkiran Majistret Norashikin Sahat?

Apa beza hasutan yang dibuat oleh si pengkhianat negara Adam Adli dengan hasutan yang dibuat oleh 3 pengkhianat negara ini? Tidakkah hasutan-hasutan itu semua mampu mengganggu gugat negara ini? Apakah Majistret Norashikin Sahat memiliki jiwa yang cenderung kepada pembangkang?

Jangan hairan, berapa ramai penjawat awam samada tinggi atau rendah yang berkiblatkan kepada pembangkang. Tidak lari juga sindrom ini dihidap oleh penjawat dalam badan Kehakiman dan Perundangan negara.

Sekiranya kenyataan yang dibuat oleh blogger PapaGomo yang dikatakan berbaur perkauman menyebabkan dia dilokap selama seminggu, adakah hasutan yang dibuat oleh 3 pengkhianat negara tidak membawa kesan kepada negara?

Saya melihat ada yang tidak kena dengan keputusan Majistret Norashikin Sahat menolak permohonan PDRM semalam. Alasan yang diberi tidak kukuh dan sangat tidak membantu pihak KDN dan PDRM membanteras anasir-anasir yang mampu menjahanamkan negara.

Rakyat mula berkata-kata, sekiranya KDN dan PDRM bertindak mengikut lunas undang-undang tetapi jika Badan Kehakiman dan Perundangan dipengaruhi oleh anasir politik maka rakyat akan hilang kepercayaan bukan hanya kepada badan tersebut tetapi juga terpalit kepada kerajaan.

Salah tetap salah tidak kira samada dari parti pemerintah atau pembangkang. Dalam melaksanakan undang-undang tiada pilih bulu seperti kes NFC dan Khir Toyo.

Saya pohon sekiranya sesiapa tahu (kawan, kenalan atau saudara kepada Majistret Norashikin Sahat) dan ada maklumat tentang Majistret Norashikin Sahat yang mungkin cenderung atau mesra pembangkang sila emailkan maklumat kepada mana-mana bloggers agar rakyat dapat tahu hal sebenar.

Apa akan jadi pada negara jika penghasut supaya rakyat buat kecoh & memberontak dibiarkan bebas berkeliaran seperti beruk yang terlepas dari jagaan..? Negara berhadapan dengan ancaman yang serius!!!

10 comments:

  1. BETUL KE KARPAL SINGH, ANWAR DAN KIRAM AKAN TERUS GEMBIRA SAKAN. KENAPA?

    AKTA SOSMA telah dicuba di Mahkamah dan ternyata AKTA SOSMA `contestable’ dan tidak boleh digunakan untuk mencegah keganasan. Kes pertama ialah dakwaan keatas Yazid Sufaat. Beliau dan kawan kawan terlepas dari dakwaan Akta SOSMA. Satu tamparan buat KDN, PDRM dan Jabatan Peguam Negara.

    Ini bermakna 3 pemimpin pembangkang yang dikaitkan di dalam kes pencerobohan Lahad Datu dan bakal dibicarakan mengikut AKTA SOSMA, boleh tidur lena dan boleh mimipikan kemenangan.

    Yang menakutkan penulis ialah Penganas Sulu yang menceroboh, menyerang dan membunuh anggota keselamatan, KEMUNGKINAN AKAN DILEPASKAN OLEH MAHKAMAH atas faktor teknikal. Penulis rasa selepas ini para peguam dari DAP PKR PAS akan menawarkan diri membela pengganas SULU untuk kemenangan politik. Sultan Sulu, Sultan KIRAM111 boleh menarik nafas lega kerana para bala tenteranya bakal bebas.

    Penulis tidak pasti bagaimana AKTA SOSMA dirangka dan diluluskan di Parlimen. Adakah Jabatan Kehakiman atau Yang Arif Tuan Hakim terlibat di dalam proses perangkaan sesuatu AKTA? Penulis rasa para Tuan Hakim patut terlibat supaya kerana mereka tahu apa yang menyebabkan dakwaan di lepaskan dan pesalah dibebaskan.

    Selepas ini AKTA PERHIMPUNAN AMAN akan dibicarakan. ADUN PKR Seri Setia, NIK Nazmi menjadi `acid test’. Peguam PAS DAP PKR sudah kata bahawa AKTA PERHIMPUNAN AWAM tidak boleh digunapakai.

    Penulis merasa tepat firasat hati penulis, yang Menteri yang bertanggongjawab mengenai Kehakiman dan undang undang, Datuk Seri Nazri Aziz, TIDAK teliti di dalam kerjanya. AKTA di buat dengan tergesa gesa dan tidak menyeluruh. Impaknya nampak sekarang.

    Sebagai `sekadar pandangan’ daripada seorang rakyat Malaysia, keamanan dan kesejahteraan Malaysia sekarang ini bergantung kepada sistem kehakiman Negara dan para Hakim kerana institusi ini mengatasi ahli politik, rakyat dan Kerajaan. Menteri KDN, PDRM dan Peguam Negara sudah menjalankan tugas mereka tetapi Mahkamah tidak menyebelahi mereka. Sistem dan pendirian para Hakim BOLEH mencorakkan sesebuah masyarakat kerana para Hakim adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia.
    sila ke www.nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Negara berhadapan dengan ancaman yang serius ke atau umno yg berhadapan dengan ancaman yang serius

    ReplyDelete
  3. Betul laa... memang tak pernah dengar kes sebegini sebelum ini. PDRM mohon menahan ketiga2 yang disyaki itu tetapi tidak dibenerkan oleh majisteret ( setelah mendengar hujah peguam2 ). Baru permohopnan reman, peguam sudah boleh berhujah!!! Memang betul majisteret itu patut disiasat...Peguam negara pun sunyi sepi!!

    ReplyDelete
  4. tak ada gunanya di tangkap dan di dakwa para pembangkang / pembelot di negara ini....gerenti lepas punya......lain la kalau kes curi ayam ke, curi lembu ke.....kalau yg itu, majistret memang cekap & adil.....

    ReplyDelete
  5. Selama ini pakatan pembangkang sering mengatakan sistem kehakiman negara tidak telus kerana dikawal oleh kerajaan UMNO/BN,dan ramai pula yg mempercayainya.

    ReplyDelete
  6. bring back ISA...the next best thing since DEB..

    ReplyDelete
  7. kami tidak faham...

    bilamana majistret norashikin sahat menolak utk tahanan reman bagi 3 yg disyaki "menghasut' itu untuk siasatan lanjut... tentulah beliau mempunyai alasan yg kuat disisi peruntukan perundangan untuk tidak menimbangkan untuk tahanan reman...

    LALU pihak polis perlulah berusaha untuk memenuhi 'alasan' oleh majistret itu agar di masa hadapan mereka yg disyaki "menghasut" atau apa juga kesalahan undang-undang boleh ditahan reman untuk siasatan lanjut... JIKA ini tidak dilakukan maka akan banyak lah mereka / penjenayah yg tahu akan 'kelemahan' dan 'ketirisan' peruntukan undang-undang yg akan 'lepas' drp tahanan reman untuk siasatan lanjut...

    apakah tiada 'teknikal' lain yg boleh diguna-pakai untuk meneruskan siasatan dan mengumpul bahan-bukti... dimasa hadapan kelihatannya pihak polis perlu menyediakan bukti yang mencukupi agar pihak majistret boleh membenarkan untuk tahanan reman...

    ISA dihapuskan atas alasan agar tiada berlaku kezaliman dan salahguna kuasa... kini nampaknya negara kita ini berlaku kelemahan undang-undang dlm bentuk 'pencegahan'... sedangkan singapura yg diperintah parti PAP pun masih ada yg setara ISA...

    kami belum faham...

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni , semua bengong. Kerajaan bengong, pembangkang sejak azali memang dah bengong. Polis bertindak namun ada pulak tidak boleh ditahan reman...Ehhhh anak siapa lah yang membuat keputusan sedemikian. Adakah pembangkang, penghasut dan pencetus keamanana dibenarkan berleluasa demi hal asasi manusia?

    Jikalau begitu mari kit beramai ramai berarak, dan gegarkan negara atas alasan tidak puas hati dengan apa yang berlaku didalam negara.....

    Ada ketua pemimpin????

    ReplyDelete
  9. teruskan pemikiran yang mandul tu dan terus support BN UMNO PERKASA atau parti bengong yg lain lain, kerana itu akan membawa semua rakyat malaysia ke WAWASAN 2020 yang dijanjikan oleh Mahathir dan 1Malaysia oleh Najib.

    ReplyDelete
  10. bukankah ada pemimpin pakatan berkata penyokong mereka sudah ada didalam sistem kerajaan termasuk perundangan dan kehakiman

    ReplyDelete