Thursday, 16 May 2013

PENTING!!! TUGAS BESAR UNTUK MENTERI BARU DALAM KDN DAN KPN SEBELUM NEGARA HANCUR LEBUR


Kabinet telah dibentuk, Menteri KDN telah bertukar yang tampak jauh lebih tegas dari yang sebelumnya, KPN dan timbalan KPN pun telah bertukar yang juga kelihatan tegas dan jauh lebih bertenaga dari yang sebelumnya.

Dengan itu, kami rakyat berbangsa melayu islam yang cintakan keamanan dan kesejahteraan sangat berharap Anwar dan mana-mana orang yang menjadi suspek yang terlibat dengan kes Pencerobohan Lahad Datu yang menyaksikan 10 pahlawan negara gugur di medan perang didakwa kerana melawan Yang Di Pertuan Agong seperti Al-Maunah yang berakhir riwayat mereka di tali gantung.

Anwar dan konco-konconya dikatakan menjadi dalang kepada pencerobohan pengganas sulu ke perairan dan seterus ke persisiran pantai Sabah seperti Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Tawau.

Opd Daulat telah diperkenan oleh Yang Di Pertuan Agong untuk memburu pengganas yang bermaharejalela di sepanjang persisiran pantai Sabah.

Siasatan segera dan terperinci perlu dijalankan untuk mendakwa Anwar dan konco-konconya terlibat dalam pencerobohan tersebut. Dan jika mahkamah mempunyai bukti yang kukuh penglibatan mereka dalam pencerobohan ini, maka WAJIB Anwar dan konconya dihukum gantung sampai mati seperti kumpulan Al-Maunah kerana bekerjasama dengan penceroboh untuk mencetuskan huru hara dalam negara ini dan perbuatan ini adalah jelas melawan Yang Di Pertuan Agong.

Lihatlah apa yang Anwar dan pengikutnya lakukan selepas PRU13 lantaran dia tidak berpuashati tak dapat menjadi PM Malaysia. Bermula dari himpunan di Kelana Jaya, Batu Kawan, Kuantan dan beberapa tempat lagi dalam siri jelajah yang konon menolak penipuan SPR terhadap PR dan dia yakin dapat menumbangkan kerajaan yang baru dibentuk ini dalam masa 3 bulan.

Semua ini penipuan dan wayang Anwar untuk lari dari tuduhan pencerobohan Lahad Datu. Jangan lupa Anwar ialah kaki pembohong dan kaki pembelit. Ingat kembali, bila Saiful Bukhari buat report polis kerana Anwar telah meliwatnya, dengan tiba-tiba Anwar reka cerita yang ada orang mahu membunuhnya dan pergi menyorok di kedutaan Turki. Sampai sekarang dia tak dibunuh. Inilah penipu besar dalam negara ini.

KDN dan KPN tolong jangan ambil mudah perkara ini kerana negara boleh tergadai dengan mainan Anwar si pembelot negara ini.

1 comment:

  1. apa yg kau harapkan dari zahid. dia ni orang anwar ibrahim, takkan la dia nak tangkap boss dia. najib kena letak jawatan. kabinet yg baru dilantik tak kan dapat pertahankan BN untuk GE14. kabinet jaga hati kawan.

    ReplyDelete