Thursday, 23 May 2013

TERKINI!!!! TIAN CHUA, TAMRIN DAN HARIS IBRAHIM DITANGKAP OLEH POLIS SEBENTAR TADI


Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi. Sumber Mstar


Penangkapan 2 penghasut diatas kerana kesalahan menghasut rakyat pada Perhimpunan 13 Mei supaya menggulingkan kerajaan yang sah dibentuk selepas PRU13. Tahniah KDN dan PDRM!!! Teruskan kecemerlangan dalam menjaga keamanan negara ini. 

Gani Patail tengah buat apa sekarang ni???

5 comments:

  1. Majoriti Rakyat sokong PDRM...teruskan !Syabas!

    ReplyDelete
  2. Ada ramai lagi bapak segala penghasut yang perlu ditangkap masih berkeliaran diluar sana dan masih menghasut lagi..........Buat oprasi lalang sekali lagi........kali ini lalang dah lepas kepala.....GO PDRM we support u

    ReplyDelete
  3. Segera menunaikan amanah yang telah diberikan supaya kita dapat mencapai cita citORCEa majoriti.

    THIRD FORCE - NGO kononnya. Siapa dia

    ReplyDelete
  4. Rakyat dah meluat dgn AG.

    Tak ada ke penganti yang wibawa untuk jawatan AG.

    ReplyDelete
  5. Ya teruskan PDRM

    ReplyDelete