Tuesday, 7 May 2013

PENTING! BERSATULAH UMAT ISLAM DAN UMNO MESTI BERUBAH



1. Melihat kepada keputusan PRU13 baru baru ini jelas menunjukkan bahawa kaum Cina bersatu dibawah satu payung iaitu DAP. Hampir semua kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi oleh DAP menang besar contohnya Teresa Kok di Parlimen Siputeh dengan majoriti sangat besar melebihi 60 ribu undi. Begitu juga Lim Kit Siang di Gelang Patah walau LKS datang berceramah hanya sekitar 2 minggu menjelang PRU13 namun semua kebaikan yang diusahakan oleh Ghani Othman selaku bekas MB Johor selama ini dinafikan termasuklah projek Iskandar. Di Penang dan Selangor banyak sekali kerusi DAP yang ditandingi menang besar. Kerusi yang ditandingi oleh Cina dalam PKR juga menang dengan majoriti yang besar. Jelas Cina mahu undi Cina dalam Pakatan Rakyat dan tidak lagi Cina dalam BN kerana Cina merasakan bersama DAP masa depan mereka cerah kerana DAP lantang dan berani perjuangkan kaum Cina berbanding Cina dalam Gerakan dan MCA yang banyak bertoleransi dengan parti kaum Melayu UMNO. Kaum Cina telah bersatu dalam menuntut dan menjaga kepentingan mereka!

2. Jadi, keputusan PRU13 ini merupakan isyarat jelas kepada umat islam negara ini perlu bersatu kembali. Apakah platform yang dapat menyatukan umat islam negara ini demi survival umat islam negara ini?

3. Kita dapat lihat peningkatan kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh PAS di Terengganu. UMNO hampir tumbang disana 17 UMNO(BN) dan 14 PAS(PR) & 1 PKR(PR) untuk membentuk kerajaan negeri. Kerusi parlimen meningkat dimana PAS menang di 4 parlimen. Kenapa? Saya berpandangan kerana gelombang pengundi anak muda yang memberi sokongan kepada PAS. Kenapa? kerana PAS dilihat oleh mereka sebagai platform untuk mereka memperjuangkan islam. Dan dalam PAS ada ikon yang membawa imej islam seperti Ustaz Azhar Idrus (UIA) yang menengahkan islam dan begitu juga barisan kepimpinan PAS. Ini realiti mood anak muda dan generasi muda sekarang yang mahukan islam dan mereka tertarik dengan imej kepimpinan dan program yang islamik.

4. Walhal dari segi kekuatan dan kelantangan suara PAS dalam PR dalam hal-hal berkaitan dengan islam sangat lemah sebagai contoh isu kalimah Allah dan pembentukan negara islam. Bilamana, pemimpin PAS buka mulut tentang islam maka pemimpin DAP akan menentang habis habisan sehingga pemimpin PAS menarik balik apa yang mereka suarakan dan perjuangkan walau mereka terpaksa mengorbankan dasar perjuangan parti mereka iaitu memenangkan islam.

5. Namun golongan anak muda tadi tetap bersama PAS sedangkan mereka menyaksikan pemimpin PAS tunduk dan akur kepada pemimpin DAP dalam hal menegakkan syiar islam. Kenapa? kerana mereka tiada pilihan lain, tiada platform kukuh untuk mereka bertaut.

6. Melihat kelemahan itu, kita dapat lihat terdapat sebilangan kecil dari golongan muda dalam PAS tadi mulai buka mata dan fikiran mereka untuk bina platform baru yang dapat bersuara lantang untuk memartabatkan islam. Lahirlah ISMA dan juga parti BERJASA.

7. Realitinya, UMNO sudah ada platform kukuh untuk orang melayu selama ini terutamanya dalam parlimen. Jadi saya berpandangan sekiranya UMNO berubah kepada imej islam, mengenengahkan pemimpin yang membawa imej islam, menambah isi agenda islam di masjid surau di bandar dan di kampung dan melipat-gandakan usaha memperjuangkan isu isu islam dalam menegakkan syiar islam maka tidak mustahil golongan muda dan generasi muda islam akan bersama UMNO. Kenapa? kerana UMNO sudah berubah kepada platform yang islamik dari segi imej kepimpinan dan kepada dasar perjuangan islam.

8. Percayalah bahawa dahulu masa kemerdekaan, perjuangan berdasarkan kaum/bangsa melayu adalah relevan tetapi setelah 50 tahun lebih berlalu ia tidak lagi relevan kerana sekarang generasi muda melihat kepada agenda memartabatkan islam dan bukan lagi agenda memartabatkan bangsa melayu kerana kesedaran agama berbanding dulu. Kerana itu golongan muda melayu pergi kepada PAS.

9. Percayalah fakta ini iaitu kerana semangat cintakan islam. Saya orang Terengganu dan dibesarkan di Terengganu dan sejak kecil saya ikut arwah ayah saya ke Rusila setiap hari Jumaat untuk dengar ceramah Haji Hadi. Kebanyakan kawan saya di sekolah rendah, menengah dan universiti dan sekarang tempat kerja yang dari berasal dari Pantai Timur adalah penyokong PAS. Kenapa? kerana mereka lihat PAS adalah platform untuk mereka perjuangkan islam. Mereka tiada pilihan. Termasuklah saya sewaktu masa dulu juga pengikut PAS kerana semangat saya mahukan platform dan wadah yang dapat memperjuangkan syiar islam. Saya meninggalkan PAS setelah PAS menawan Terengganu pada tahun 1999. Ia membuka mata saya bahawa pemimpin PAS sanggup korbankan prinsip perjuangan islam bila dapat kuasa. Mereka menjadi korup sekelip mata seperti sebahagian pemimpin UMNO lakukan yang sudah lama ditampuk kuasa. Kemungkaran sebahagian pemimpin UMNO lakukan, kemungkaran yang sama pemimpin PAS lakukan walau baru mereka ditampuk kuasa.

10. Saya dulu kecewa kerana pemimpin PAS tidak berpegang kepada ajaran islam sebenar apabila dapat peluang berkuasa. Sekarang ini semakin jelas dengan kejadian isu kalimah Allah, isu hudud, isu Mustafa Ali, isu Anwar, isu negara islam, isu Ustaz Nasarudin Hassan, isu Datuk Hassan Ali, isu tunduk kepada Anwar & DAP dan banyak lagi membuktikan bahawa PAS sudah jauh menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. Mereka menuduh UMNO itu dan ini tetapi mereka sendiri melakukan kemungkaran itu.

11. Namun sebahagian besar pengikut PAS menafikan perkara ini untuk sedapkan hati bahawa PAS masih perjuangkan islam sebenar. Kenapa? mereka tiada pilihan lain.

12. Disinilah saya ingin menyatakan bahawa UMNO perlu berubah. Ambik tempat PAS untuk isi perjuangan islam yang telah ditinggalkan PAS kerana mereka tampak suka bersama DAP dan Anwar yang istikomah menentang islam dan istikomah memperjuangkan agenda sosialis, liberalisma dan pluralisma.

13. UMNO ambilah peluang ini. Percayalah, Dengan Izin Allah pasti orang islam negara ini akan bersama UMNO. Kenapa? kerana sudah ada platform yang kukuh untuk memartabatkan islam.

14. Saya tidak nafikan ada usaha UMNO buat untuk perkara ini seperti beri peruntukan yang besar untuk kebanyakan program islam namun impaknya tidak kuat kerana tidak nampak dan imej pemimpin UMNO adalah nampak sekular berbanding PAS. Barisan pemimpin UMNO mesti berubah dari segi imej, percakapan, kehidupan kepada penampilan islam.

15. Penampilan imej islam sangat penting untuk mencerminkan kepimpinan islam.Dan bukanlah perlu berserban atau berjubah setiap masa bagi yang lelaki tetapi dengan pergi ke masjid surau untuk tunaikan solat fardhu berjemaah bersama rakyat dengan mengenakan songkok dan baju melayu. Dan bagi wanita mulalah tutup aurat dengan sempurna sebagai memenuhi tuntutan agama.

16. UMNO harus tinggalkan menganjur program hiburan yang menjolok mata. Biarkan NGO bukan islam yang mesra kerajaan handle semua benda tu. UMNO kena buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO bersih dari rasuah, zina, arak dan kemungkaran.

17. Hukum hudud dilaksanakan di mahkamah syariah dimana tiada paksaan kepada mana-mana orang islam untuk menjalaninya sekiranya tiada kerelaan kerana tiada paksaan dalam agama untuk amalkan agama sebaliknya memberi galakan dan nasihat kepada umat islam untuk amalkan hukum dan syariat islam. Sebagai contoh, kerajaan wujudkan bank islam yang tiada riba sebagai option/pilihan kepada umat islam untuk memilih konvensional atau islamik bank yang tidak amalkan riba. Begitulah institusi mahkamah syariah islam menawarkan hukum hudud kepada individu islam yang mahu menjalani hukuman Allah di dunia ini dan terlepas hukuman Allah di akhirat atas kesalahan yang mereka telah lakukan. Rujukan

18. UMNO jangan takut berubah kepada islamik kerana bila menjaga islam bermakna menjaga melayu kerana melayu adalah islam dalam perlembagaan negara kita. Kaum lain yang beragama islam turut.

19. gembira kerana keistimewaan diberi kepada mereka juga kerana beragama islam dan ini sebagai pemangkin dakwah islamiah.Parti-parti lain dalam BN teruskan kelangsungan perjuangan BN iaitu menjaga kepentingan kaum dan agama masing-masing.

20. UMNO perlu berubah kepada islamik kalau mahu umat islam bersama UMNO dalam PRU14 nanti dan BNmenang dengan majoriti besar.

21. Kenapa? kerana orang melayu yang sayangkan islam akan bersama UMNO dan tidak lagi PAS krn PAS terbukti bacul bila bersama DAP dan Anwar. Orang islam dari bangsa lain akan bersama UMNO krn UMNO menjaga kepentingan orang islam tidak kira bangsa. Bangsa dan agama lain seperti peribumi, India dan cina akan bersama parti komponen dibawah BN yang terbukti menjaga kepentingan mereka.

22. Maka, terbuktilah UMNO parti yang menegakkan islam bukan lagi PAS. Biarkan PAS bersama DAP dan PKR dengan angan-angannya sekiranya PAS berdegil untuk bersatu dengan UMNO dan tidak mahu perjuangkan agenda islam bersama-sama.

23. Dengan izin Allah, BN akan menang besar yang terdiri daripada UMNO yang menjaga islam dan umat islam dan parti parti komponen bawah di BN seperti MIC, PBB, PBS, SUPP, MCA dan Gerakan.

9 comments:

  1. Nice reading..Thanks for this realistic article

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat2...pemimpin2 UMNO kena berubah supaya lebih Islamik dan banyakkan pemimpin2 dari golongan2 ustaz. Kena banyakkan bercakap pasal Islam untuk memikat anak2 muda kepada Islam sebagai cara hidup...insyaallah Allah akan membantu dan UMNO/BN akan menang besar nanti.

    ReplyDelete
  3. pas + umno = umno
    tapi bukan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION
    tapi yang sebaik2nya iaitu UNITED MUSLIMS NATIONAL ORGANIZATION
    jika baginda Nabi Muhammad masih hidup saya percaya baginda sangat2 gembira dengan berita ini. ALLAH HUM MASSOLLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD.
    HUDUD BUKAN MIMPI LAGI UNTUK KITA JIKA MIMPI INI JADI KENYATAAN.

    ReplyDelete
  4. MARI RAMAI RAMAI MENYERTAI GERAKAN BOIKOT KEDAI CINA DAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA KERANA MENGUJUDKAN SUASANA PERBEZAAN PERKAUMAN.
    BUY CHINESE LAST MOVEMENT (BCLM Malaysia)
    JOIN FB PAGE
    http://www.facebook.com/pages/Buy-Chinese-Last-Movement-BCLM-Malaysia/119764648103235
    AYUH SAUDARAKU, BANGKIT!!!
    PANGGILLAH RAKAN2MU UTK BERSAMA2 MENYERTAI GERAKAN INI
    PENGAJARAN SEWAJARNYA WAJIB DILAKSANAKAN SEKARANG!
    TUNJUKKAN SUARA KITA!
    -chinese neuker

    “PERSEKUTUAN TANAH MELAYU !”
    “FEDERATION OF MALAYLAND !”

    ReplyDelete
  5. Ada kwn kat fb saya cakap "nak bersatu dgn pas, umno mesti nak hukum islam"

    aku jawab..hukum islam mana satu yang umno halang daripada orang islam amalkan? 5 rukun islam? atau mana satu? hanya hukum hudud belum dapat dilaksanakan krn keadaan belum mengizinkan. aku tanya lagi, PAS dapat tegakkan Hudud ke atau negara islam ke dgn bersama DAP dan Anwar yang liberal tu? terus dia diam...PAS ni tak lebih dari parti syok sendiri 'akulah sahaja islam' tapi bila kena sergah dek DAP terus macam kura2 masukkan kepala ke dalam.

    ReplyDelete
  6. setuju dengan anon 17:17....kalau ikut risalh MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA dalam masa sepuluh tahun lagi perdana menteri malaysia baru nama dia KONG KEK SIANG DAN TIMBALANYA KOK KEK KUAT....fikirkan lah

    ReplyDelete
  7. Nak bersatu macammana selagi lebai-lebai mangkok tu dok kata orang yang solat seperti mereka sebagai kafir dan musuh tetapi mengambil pula musuh-musuh Islam yang nyata sebagai kawan untuk membunuh saudara seagama. Sebenarnya Allah yang menyelamatkan bumi Malaysia ini dari kedurjanaan puak-puak talibarut yahudi yang bertopengkan Islam. Mereka fikir mereka akan menang tapi mereka lupa bahawa Allah yang menentukan dan menyelamatkan segalanya.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin2 dan ahli2 muda PAS takkan tak boleh buat tranformasi terhadap partinya???
    Takkan begitu taksub dengan Musyidulnya sehingga mengganggapnya seperti Nabi???
    Rasanya ramai bijapandai dalam PAS...

    ReplyDelete