Friday, 10 May 2013

PENTING! AHLI PARLIMEN ISLAM DALAM BN JAUH LEBIH RAMAI BERBANDING DALAM PR

MP ISLAM DALAM BN


MP ISLAM DALAM PR


Fakta ini sepatutnya memberi kesedaran kepada kita bahawa Allah swt memelihara negara ini dengan memberi kemenangan kepada pemerintah yang sejak dulu lagi berusaha memartbatkan dan menjaga agama dan kesucian islam.

PRU13, MP yang beragama islam dalam BN berjumlah 112 orang daripada 133 MP BN. Dalam keadaan penolakan undi Cina kepada pemerintah sedia ada yang memberi kekalahan terok hampir semua calom MP Cina dari BN. 

Namun kerana rakyat negara ini khususnya orang melayu Semenanjung dan bumiputera Sabah & Serawak buat pilihan untuk kekalkan pemerintah yang sedia ada yang terbukti besungguh-sungguh menjaga negara dan rakyat negara ini, kita selamat daripada berPMkan Anwar Ibrahim yang terbukti menjadi penghancur dan perosak keharmonian negara ini dulu kini dan selamanya selagi tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Segala puji bagi Allah yang mencampakkan dalam hati orang melayu dan bumiputera untuk memangkah calon BN.

Inilah bukti bahawa Allah mengkehendaki orang-orang islam dalam BN menggalas tanggungjawab menjaga agama suci Islam yang tinggi disisi Allah swt dengan memberi kemenangan ramai MP islam dalam BN menang dalam PRU 13 iaitu 84%.

Orang islam yang menyokong PR patut sedar akan hal ini. Jangan menolak qada' dan qadar Allah swt. 

Allah tak redha pemimpin islam dalam PR menggalas tanggungjawab menjaga agama islam yg suci kerana pemimpin-pemimpin PAS terang-terang melacorkan kalimah Allah untuk digunapakai dalam kitab bible agama kristian. 

Betapa buruknya pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang yang mengkhianti amanah Allah supaya menjaga kesucian agama islam. Mereka sanggup menggadai kalimah Allah semata-mata menjaga hati sekutu mereka DAP yang cukup lantang menentang islam dan cukup aktif menghancurkan islam dengan menggerakan agenda kristianisasi negara ini.

Penggunaan kalimah Allah dalam bible ialah bertujuan untuk mendakwah anak muda islam kepada agama batil mereka.

PAS bersama puak-puak syaitan ini termasuk bapak puak syaitan iaitu Anwar.

Jelaslah disini Allah masih sayangkan orang islam negara ini daripada dipimpin oleh pengkhianat agama islam iaitu Nik Aziz dan Hadi Awang yang mahukan kalimah Allah diguna dalam bible.

Dimana kekuatan suara PAS untuk membela islam dalam PR? Tengoklah MP islam dalam PR yang menang tak sampai separuh iaitu hanya 41% sahaja.

Penyokong PAS yang mahukan islam janganlah bodohkan diri bahawa PAS berjuang tegakkan islam, semua tu retorik semata-mata. Produk parti politik PAS ialah jaja agama, jual agama & lacorkan agama demi dapat kuasa dengan tipu ahli PAS dengan imej islam walhal hati jahat macam serigala. 

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari  keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
 H.R Termizi

Bukti yang sangat jelas dan nyata dan kukuh bahawa PAS hanyalah melacorkan agama demi kuasa iaitu kalimah Allah tergadai. Hukum hudud tergadai bila disergah oleh DAP dan pemurtadan disokong.

Sekali lagi diingatkan, ahli PAS hentikanlah bodohkan diri sendiri. Rendahkan ego merasa akulah yang bagus dari orang lain. Berapa ramai yang ikut PAS tak dapat jaga solat apatah lagi jaga solat berjemaah.

Tidak cukup untuk jawab depan Allah di akhirat bahawa saya ahli PAS dan undi PAS terlepas dosa tidak solat. Saya ahli PAS dan undi PAS terlepas dosa zina. Saya ahli PAS dan undi PAS terlepas dosa mengkafir saudara seagama. Saya ahli PAS dan undi PAS terlepas dosa bersekongkol dengan peliwat. Saya ahli PAS dan undi PAS terlepas dosa menentang pemerintah selaku puak khawarij.

Ingatlah, musuh islam sentiasa bencikan islam dan musuh islam di Malaysia ialah DAP.

Bodoh sangat ke orang PAS ni tak nampak lagi perkara ini????

2 comments:

  1. Alhamdulilah. Dulu bukan main dicanang oleh pas, yg islam lebih ramai dlm pakatan rakyat. Pas telah dibutakan mata dan hati atas doa dari mursidul am mereka.

    ReplyDelete
  2. Aku sentiasa percaya yg Allah memelihara bumi bertuah ini drpd org2 yg cuba menghancurkannya.. Anwar tidak akan jd PM smpi bila2. Perancangan Allah juga yg telah mengasingkan kafir harbi dr pemerintahan negara.. Mrk telah di tipu daya oleh Allah.. Takbir..

    ReplyDelete