Wednesday 15 May 2013

SANGAT PENTING!!! PAS GAGAL MENYEKAT KEMARAAN PERJUANGAN DAP


Mana taring PAS selama ini yang begitu gah untuk menegakkan islam apabila akhirnya pemimpin pemimpin besar mereka sendiri merelakan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dalam buku bible mereka.

Sangat memeritkan apabila kepala PAS iaitu tuan presiden Hadi Awang sendiri merelakan kalimah Allah digunapakai oleh penganut agama kristian. Katanya, "kalimah Allah tidak dihalang untuk digunakan oleh bukan islam dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-quran."KLIK

Apa ini Hadi Awang?

Begitu juga penaung PAS berjawatan mursyidul am PAS, Nik Aziz juga membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Menurutnya, dia mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH. KLIK

Apa sudah jadi? Kalau orang bukan islam dibenarkan mengguna kalimah Allah dalam amalan mereka sudah pasti penggunaannya SALAH! kerana itu mereka tidak menerima penyaksian Allah itu Esa dan Muhammad saw itu pesuruh Allah.

Tidak mampukah otak Hadi Awang dan Nik Aziz nak berfikir bahawa tujuan orang kristian yang dinaungi oleh DAP bersungguh-sungguh mahu guna kalimah Allah bertujuan untuk dakwah anak muda melayu islam ke agama mereka? 

Dalam agama buddha, hindu, sikh dan lain-lain agama tidak guna kalimah Allah melainkan agama islam sahaja. Tak mampukah otak orang-orang PAS fikir disebalik desakan kristian mahu guna kalimah Allah ialah untuk berdakwah umat melayu islam kepada agama kristian?

Ke mana perjuangan islam PAS selepas ini kerana umat islam menyaksikan perjuangan islam PAS sudah tersasar jauh dari landasan Quran dan Sunnah.

1 comment:

  1. bila guna politik untuk dapatkan kuasa, bukan dakwah ...

    mengecewakan!

    ReplyDelete