Monday, 21 November 2011

JANGAN LANTIK AHLI POLITIK SEBAGAI MENTERI


KPK; Jangan lantik ahli politik sebagai menteri

JAKARTA 20 Nov. - Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK), Busyro Muqoddas berkata, pelantikan ahli politik sebagai menteri akan membawa kepada amalan rasuah dan penyelewengan, katanya di sini, kelmarin.
Menurut beliau, menteri-menteri yang datang dari parti politik lebih cenderung melakukan rasuah dan oleh itu, proses seumpamanya perlu dihentikan.
“Hanya golongan profesional yang layak dengan latar belakang yang jelas sahaja patut dilantik sebagai menteri,” katanya semasa berucap di hadapan pelajar universiti di sini, kelmarin.
Pengerusi Jabatan Pengajian Rasuah di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Zaenal Arifin Muchtar menambah, menteri-menteri yang dilantik atas sebab politik kurang berkemahiran melaksanakan tanggungjawab dalam kementerian tersebut.
“Bagaimana cara untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut dengan calon yang layak merupakan isu lain yang wajar untuk diperjuangkan,” katanya. -Utusan

Aku lihat pengisian jawatan menteri di setiap kementerian atau jabatan oleh ahli politik jadi penyumbang besar kepada rasuah berlaku tidak kira parti pembangkang seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor dan juga dalam pemerintahan kerajaan BN sendiri.

Tambahan lagi, menteri yang dilantik dari ahli politik yang menang pilihanraya bagi memegang jawatan kementerian yang memerlukan kelayakan profesional nampak banyak kelemahan dari segi keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Lihat contoh Anwar yang diberi jawatan menteri kewangan sewaktu dalam UMNO dahulu hampir2 menggadai negara ketika krisis ekonomi 1997 dimana dia mencadangkan Malaysia terima bantuan dari IMF.

Pada kiraan aku, seorang sahaja ahli politik yang benar2 bijak hasil usaha beliau yg tidak berhenti belajar dalam setiap aspek yang memerlukan tindakan dan keputusan yang betul walaupun graduate sebagai seorang doktor iaitu Tun Mahathir. Tindakan bijak beliau pada tahun 1997 menyelamatkan Malaysia dari jadi hamba IMF.

Banyak sekali keputusan2 menteri yang memeningkan rakyat kerana tindakan & keputusan kurang cerdik seseorang menteri dalam kementerian yang diterajuinya.

Aku melihat bahawa menteri yang memegang jawatan dalam mana2 kementerian haruslah seorang profesional dan pakar dalam bidang yang terajui oleh kementerian tersebut dan bukan seorang ahli politik yang pandai bercakap tapi tindakan & keputusan jelas kelihatan seperti seorang yang bodoh dan tidak berpengetahuan.

Contoh yang jelas seperti menteri KDN sekarang jelas nampak keselamatan negara tergadai dek menjaga undi cina kepada BN.

Sebagai seorang islam yang sayangkan agama islam dan negara ini, setelah melihat perpecahan bangsa sendiri yang hampir semuanya beragama islam adalah lebih baik kita membuat tindakan berani dan bijak demi menjaga kedaulatan islam dan bangsa melayu serta negara tercinta ini.

Kalau Itali sanggup membelakangkan sistem demokrasi demi menyelamatkan negara jadi mukhlis dan bankrap dengan melantik kerajaan baru dari golongan profesional dan bukannya dari ahli politik KLIK

Kenapa tidak bijak pandai orang melayu, pemikir melayu dengan sokongan raja melayu membelakangkan sistem demokrasi demi menyelamatkan survival orang melayu yang merupakan pendokong kuat agama islam & menjaga kesucian islam dengan melantik ketua yang menjadi wakil raja melayu adalah dari yang berbangsa melayu, beragama & mengamalkan islam, neutral dari mana2 fahaman politik & dari golongan profesional.

~ pengikut Muhammad saw

2 comments: