Wednesday, 2 November 2011

MAGERAN 2.0


Kerisauan rakyat Malaysia tentang ketidakstabilan politik negara ini makin jelas kelihatan menjelang PRU13. Cina yang dilihat makin kukuh bersatu dibawah gabungan DAP walaupun pelbagai usaha Najib buat bagi menarik sokongan mereka kepada BN namun dilihat gagal. Presiden MCA yang awal2 lagi nampak tidak bersemangat untuk membuat usaha menarik sokongan Cina kepada BN bila mengumumkan tidak akan terima apa2 jawatan dalam kabinet selepas PRU13 sekiranya sokongan Cina makin kurang kpd MCA.

Dalam usaha Najib untuk menarik undi Cina yang dilihat begitu bersungguh2 ternyata ada sebahagian besar Melayu tidak gemar dengan tindakan Najib tersebut. Mungkin Najib menyedari hakikat bahawa undi Cina tidak mudah beralih kembali kepada BN, Najib cuba tekan 'emergency button' sebelum PRU13 dengan beri tumpuan kepada undi India dan Melayu. Usaha ini dilihat setelah Nallakurapan dilantik menjadi Senator harini.

Saya ada rakan India yang beritahu saya bahawa kaum India risau jika selain dari Melayu naik jadi ketua negara ini kerana sudah pasti Melayu tidak akan berpuas hati dan negara akan huru hara seperti yang berlaku di Libya, Mesir dlln. Namun dia melihat bahawa undi Cina tidak kurang hebatnya jika DAP menawan hati pengundi bukan islam di Sabah & Serawak.

Keadaan dilihat meruncing. Ada yang menjangkakan keputusan PRU13 50-50 diantara BN & PR. Keadaan yang sangat meruncing bagi Melayu yang dikatakan sudah pecah kepada 18 kumpulan kecil. Perpecahan ini bukan sahaja pecah dari segi edologi politik namun juga fahaman ajaran agama. Melayu makin parah perpecahannya.

Dalam sistem demokrasi yang memerlukan undi majoriti bagi membentuk kerajaan pemerintah menjadi sangat tidak relevan kepada Melayu yang dalam dilema perpecahan yang kronik. Bertambah meruncing apabila mendapat berita terkini bahawa ada usaha satu kaum negara ini yang tidak senang dengan Melayu, Islam & Raja dengan memburukkan institusi Beraja di media asing dengan harapan sistem Beraja negara ini dapat dihapuskan dan bertukar kepada negara republik. Jangan pandang rendah keupayaan mereka untuk mencapai matlamat mereka, tambahan lagi Melayu~ Islam negara ini sangat lemah dari segi perpaduan.

Ada yang berpendapat untuk Melayu kekal berkuasa negara ini, sistem demokrasi perlu dihentikan dan menukar kepada sistem Beraja. Melayu dalam dilema lagi.

Untuk mengelak perkara yang buruk berlaku kepada negara, seorang rakyat Malaysia yang berbangsa India yang prihatin telah suarakan hal ini di sidang parlimen bagi membentuk ' Neutral Government Caretaker Upon Parliament's Dissolution' ketika pembubaran parlimen PRU13 nanti. KLIK , KLIK

Ada yang setuju dan ada yang tidak. Aku bersetuju kerana sekiranya BN kalah, pemerintah neutral tadi yang boleh dianggap fungsinya seperti Majlis Gerakan Negara, MAGERAN dapat selamatkan keadaan buruk berlaku seperti 13 Mei.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment