Saturday, 12 November 2011

ORANG JOHOR MURTAD, BOB LOKMAN?

Si Bob Lokman tuduh orang johor murtad. Bob lokman dulu asalnya golongan fasiq lupa Allah, lupa agama, lupa solat, lupa batasan pergaulan lelaki perempuan dan sekarang join PAS dah merasa diri ahli syurga.

Apa pulak namanya? Namanya sesat.

Eh kenapa sesat, kan dia bersama kumpulan PAS penegak agama islam? Jawapannya tidak!

PAS bukan penegak agama islam tetapi penyesat umat islam kepada ajaran islam tafsiran PAS. PAS membawa umat islam jauh dari ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhammad saw. PAS mengajar umat islam yang jahil agama supaya taksub kepada manusia yang digelar ulama oleh pengikut PAS yang bernama Nik Aziz & Hadi Awang. PAS menambah ayat baru dalam islam walhal Allah  mencela keras sesiapa yang menambah baru dalam ajaran islam.

Apa yang ditambah?

1. Undi PAS, masuk syurga.

2. Boleh mintak tolong Syaitan untuk memenangkan perjuangan PAS.
(walhal Allah mengisytihar Syaitan dan Iblis musuh nyata manusia)

3. Tidak sokong PAS, jatuh kafir seperti ahli2 UMNO.
(Nabi saw menyebut dalam hadis sesiapa yang menuduh seseorang kafir sedangkan yg dituduh tidak kafir, tuduhan itu kembali kepada penuduh, lihatlah perbuatan PAS dan DAP sebagai bukti jelas tuduhan kafir kembali kepada PAS sehinggkan sanggup pulau Himpunan Sejuta Umat)


4. Memfitnah Allah mencarut.
(walhal Allah mencela manusia yang ingkar, mencarut adalah perkataan bahasa melayu yang menerangkan perbuatan manusia bercakap lucah)

5. Memfitnah Allah gedebe.
(walhal gedebe adalah perkataan bahasa melayu yang menerangkan manusia yang buruk yang suka bergaduhan sesama manusia yang lemah)

Banyak lagi kesesatan & kemungkaran yang telah diperkenalkan oleh pemimpin & ulama PAS yang berlaku tanpa sesiapa pun berani mencegahnya. Pengikut taksub PAS ikut ketua mereka membuta tuli tanpa melihat Quran & Sunnah seperti sesatnya kaum bani Isreal kerana taksub kepada ulama mereka yang telah menambah tokok hal agama.


Kepada Bob Lokman, jangan kamu sombong dan takabbur dan perasan diri sudah beriman bila bersama PAS kerana sifat dan ciri pemimpin, ulama dan pengikut PAS tidak ada mencermin ciri orang beriman yang Allah terangkan dalam Quran. Ini jelas membuktikan perjuangan PAS tidak melahirkan manusia beriman seperti para sahabat yang bersama islam sebenar yg dibawa Muhammad saw, namun melahirkan manusia munafik dan takabbur & bangga diri yang menyangka diri lebih islam dari orang lain.

Kamu jangan sangka kamu dapat hidayah bila join PAS kerana perjuangan PAS adalah sesat dari jalan Nabi Muhammad saw. Kamu sebenarnya syok sendiri dan perasan bagus. Bertambah iblis tambah kamu rasa bagus daripada orang lain bila kamu mengenakan pakaian seperti wali. Saling tak tumpah seperti orang tabligh, selepas keluar 3h, 40h 4B terus ubah rupa macam wali walhal hati penuh bersarang cinta dunia. Pakai macam nabi, tapi hati macam yahudi nasara penuh ketakburan dan lihat orang yang jauh agama rendah dan hina sepatutya lihat dengan kesian. Inilah yang sedang berlaku kepada manusia bernama BOB LOKMAN!

~ pengikut Muhammad saw

3 comments:

  1. huh panas dan pedas!!!!!

    ReplyDelete
  2. as salam,jgn samakan org2 tabligh dengan org2 pas,org tabligh berdakwah hanya semata2 kerana ALLAH,cuba tgk org2 tabligh kalau beri ceramah kat masjid atau surau mereka x pernah sentuh tntng bab2 duniawi,mereka hanya sentuh tntng kebesaran ALLAH,berbeza dgn org2 pas,sy ni bukannya org tabligh tetapi saya tertawan dgn cara org2 tabligh berdakwah,penuh dgn kasih sayang mengajak manusia ke tempat yg kekal dan abadi buat selama2nya iaitu alam akhirat.jd jgn sekali2 anda menyamakn org2 tabligh dgn org2 pas.

    ReplyDelete
  3. Dear joe,

    kenapa anda cakap tabligh betul sedangkan bekas ketua tabligh malaysia tinggalkan tabligh dan ini saya ada jumpa artikel yang dia tulis sebab2 dia tinggalkan jemaah tabligh;

    http://mthago.wordpress.com/2010/01/18/the-true-colours-of-tabligh-jamat/

    http://mthago.wordpress.com/2010/01/24/the-tarikat-groups-its-characteristics/

    http://mthago.wordpress.com/2010/02/13/the-true-colours-of-tabligh-jamat-continuation-part-2/

    saya setuju dengan pandangan prof ni tentang kenapa dan sebab dia tinggalkan jemaah tabligh

    ReplyDelete