Tuesday, 29 November 2011

MELAYU: REALITI ATAU FANTASI


Mengulas lanjut, Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa, masih terdapat golongan yang berpendapat kononnya senario hari ini membayangkan UMNO kurang memberi fokus kepada agenda Melayu meskipun banyak penekanan berhubung perkara berkaitan telah dimanifestasikan kepimpinan parti itu.
“Saya bercakap berdasarkan rungutan orang ramai iaitu tanggapan ini timbul berikutan tafsiran mereka mengenai pelaksanaan sesuatu perkara bergantung kepada meritokrasi, contohnya pemberian biasiswa, selain meliberalisasikan sektor-sektor tertentu dengan 30 peratus penyertaan bumiputera dihapuskan,” katanya.
Beliau berkata, persepsi ini wajar diperbetulkan sebelum keadaan menjadi lebih parah yang akhirnya tidak mustahil akan memberi impak negatif kepada parti itu sendiri, khususnya rakyat dan negara.
Tegasnya, UMNO mesti teguh dengan dasarnya dan segala persepsi atau sebarang kekeliruan yang timbul sekarang ini mesti diperbetulkan melalui Perhimpunan Agung UMNO demi bangsa, agama dan negara. KLIK

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment