Sunday 6 November 2011

KENAPA HADI DIAM PASAL SEKSUALITI MERDEKA?


Perhimpunan Bersih 2.0 bukan main lantang lagi Hadi Awang suruh penganut agama islam tafsiran PAS supaya turut serta perhimpunan haram yang diketuai oleh si kafir Ambiga.

Himpunan Sejuta Umat yang diadakan bagi menyatakan bantahan tindakan gerakan Kristian yang berusaha memurtadkan umat islam negara ini. Himpunan yang dianjurkan oleh NGO2 islam telah dipulau oleh Hadi Awang atas alasan perhimpunan tersebut bukan dibuat oleh parti politik. Adakah Hadi sedar bahawa agenda utama Himpunan itu adalah untuk selamatkan akidah umat islam?

Adakah Hadi sudah mabuk dengan dunia, kuasa, harta & pangkat sehingga lupa bahawa akidah adalah tunjang dalam agama islam? Kalau ikut ajaran islam tafsiran PAS, politik ada dalam agama (walhal aku tak bersetuju dengan tasfiran sesat ini kerana tujuan politik ialah nak dapatkan kuasa, Allah tidak pernah terangkan dalam Quran supaya umat islam berebut nak kuasa serta harta kerana Allah tidak beri nilai pada semua tu tetapi sebaliknya kepada hamba yang beriman dan taqwa) tetapi yang ada dalam islam ialah siasah atau perintah2 Allah dalam mentadbir pemerintahan seperti di Madinah. Kuasa, harta yang baik adalah kurniaan Allah kepada orang beriman seperti yg Allah kurniakan kuasa kepada mereka di Madinah. Kerana tiada orang beriman sekarang, kuasa dan harta jadi fitnah kepada manusia dan manusia berebut, berpecah belah dan berbunuhan untuk dapatkannya.

Berbalik kepada tafsiran sesat PAS bahawa politik ada dalam agama. Kalau Hadi yakin politik ada dalam agama, selamatkan akidah umat islam bukan usaha menjaga agama? mana lebih utama menjaga agama dengan selamatkan akidah umat islam berbanding berpolitik untuk dapatkan kuasa?

Kenapa pula Hadi diam pasal Seksualiti Merdeka 2011? Mencegah mungkar itu bukan tuntutan agama islam ke Hadi?

Ulama & Ustaz PAS adalah golongan rupa agama, cakap agama tapi main2kan agama untuk kepentingan dunia mereka semata-mata. Semoga Allah beri kamu semua hidayat untuk kembali taubat dan amalkan ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan kalau dalam pengetahuan Allah sudah tidak ada ketentuan hidayat sesungguhnya azab Allah sangat pedih bagi mereka yang jual agama untuk dapatkan dunia.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment