Friday, 18 November 2011

MAMPUKAH MELAYU BERSATU?

 

Harapan Tun Mahathir mahu melihat melayu negara ini bersatu. Adakah harapan murni Tun tercapai dengan negara ini terus amalkan sistem demokrasi yang menyaksikan selepas 54 tahun merdeka umat melayu berpecah kepada banyak kumpulan yang menjadikan bangsa melayu minoriti. Dalam sistem demokrasi, minoriti tidak dapat memerintah negara. 

Harapan kita semua termasuk aku yang sayangkan bangsa melayu yang umumnya beragama islam nak melayu bersatu padu dengan mengamalkan kembali ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhamamd saw 1400 tahun dahulu. 

Namun adakah harapan Tun M, harapan umat melayu dan harapan aku jadi kenyataan dengan kita amalkan sistem demokrasi?

Aku tak percaya kita boleh bersatu dengan terus mengamalkan sistem demokrasi. Memang kita semua salahkan PAS tak nak bersatu dengan UMNO dan PAS salahkan UMNO kerana tak nak islam seperti yang PAS faham yang jadi alasan PAS tak nak bersatu dengan UMNO.

Renungkan kisah yang benar2 berlaku dahulu, dua puak besar di Madinah dahulu AUS dan KHOZROJ yang bersengketa seperti UMNO dan PAS bersengketa.

AUS dan KHOZROJ adalah sebangsa iaitu Arab. Manakalah UMNO dan PAS adalah sebangsa iaitu Melayu.

Bagaimana AUS dan KHOZROJ boleh bersatu? Iaitu setelah mereka dapat ketua yang baik, bertaqwa beriman, adil iaitu Muhammad saw.

Aku berpandangan UMNO dan PAS boleh bersatu apabila dapat ketua yang neutral, adil, baik bertaqwa.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment