Wednesday, 9 November 2011

SISTEM DEMOKRASI MASIH RELEVAN UNTUK UMAT ISLAM NEGARA INI?




Sistem demokrasi adalah sistem ciptaan orang kafir yang negara ini terpaksa gunapakai setelah mendapat kemerdekaan kerana negara ini mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris yang merupakan orang kafir. Matlamat sistem demokrasi digunakan adalah untuk memilih siapa yang ramai disukai rakyat untuk membentuk kerajaan pemerintah. Siapa yang akan jadi pemerintah ditentukan oleh golongan mana yang majoriti. Jika ramai orang yang liberal, maka pemerintah liberal akan dipilih. Jika golongan majoriti adalah sekular, maka pemerintah sekular akan jadi pemerintah. Jika golongan majoriti terdiri daripada yang kurang mengamalkan islam dan bukan islam, maka pemerintah akan dilantik berdasarkan golongan yg membentuk majoriti. Inilah buruknya sistem demokrasi untuk agama islam dan umat islam. Hal ini kerana sistem ini lahir daripada akal orang kafir. Sekiranya sesuatu negara dihuni oleh 20 juta orang yang layak mengundi dan 15 juta daripadanya adalah liberal maka pemimpin dan pemerintah akan terdiri drpd orang yg liberal. Daripada sistem kafir ini, umat islam tidak akan dapat pemimpin taqwa dan beriman sampai bila2 spt zaman kegemilangan islam 1400 tahun dulu.
Dalam islam, pemilihan ketua untuk memerintah negara adalah dari kalangan orang yang beriman & taqwa serta memiliki kualiti pemimpin yang Nabi saw gariskan iaitu bijak, pemurah tapi tidak boros, cermat tetapi tidak bakhil, tegas & berani tetapi tidak sombong. Sekiranya dalam sesebuah negara memiliki 200 orang penduduk yang beriman & taqwa serta berkualiti daripada 27 juta penduduk, maka dikalangan 200 orang itu sahaja yang akan bermesyuarat untuk memilih siapa yang layak daripada 200 untuk menjadi ketua negara dengan berdasarkan ciri2 yang digariskan dalam islam tanpa mengambil kira keinginan 15 juta penduduk yang liberal. Dengan pemimpin yang dilantik berdasarkan pemilihan dari kalangan orang yang baik maka pemerintahan yang adil terhadap orang islam yang baik, orang islam yang jauh dari agama dan bukan islam dapat dicapai sepertimana yang berlaku di Madinah dibawah ketua negara bernama Muhammad saw kemudian dituruti oleh 4 Khalifah Rasyidin.
Datuk nenek kita terpaksa menubuhkan UMNO sebagai parti yang menjaga kepentingan melayu, islam & institusi beraja dan datuk nenek kita terima seadanya sistem demokrasi sebagai mekanisma pemilihan ketua negara dan pemerintah demi kemerdekaan tanah air kita. Negara kita terpaksa terima syarat yang dibuat oleh Inggeris seperti prinsip Jus Soli serta sistem pemilihan ketua dan pemerintah melalui sistem demokrasi yang merupakan ciptaan orang kafir. Hakikat yang sebenarnya kenapa ini semua berlaku (kepada kita orang islam yang majoritinya ialah melayu) kita dibiarkan oleh Allah menggunakan sistem orang kafir kerana tahap islam yang diamalkan oleh orang melayu pada ketika itu masih lemah.
Daripada sistem pemilihan orang kafir ini, kita umat islam usah bermimpi seperti mimpinya pemimpin & ulama PAS untuk dapat pemimpin hebat yang beriman teguh dan tinggi ketaqwaan kepada Allah yang telah lahir zaman Rasulullah saw spt para sahabat r.hum ajmaen. Adanya pemimpin yang hebat seperti para sahabat dulu, bantuan Allah datang kepada umat islam. Allah jadikan orang islam mulia. Allah jadikan orang islam cemerlang dan disegani & ditakuti oleh orang2 kafir. Lahirnya pemimpin islam yang hebat zaman kegemilangan islam dulu bukan dari sistem demokrasi seperti ahli PAS fikir tetapi kerana hasil ketaatan para sahabat mentaati ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Parti PAS ditubuh dengan maksud menjadikan negara ini menjadi sebuah negara islam. Inilah matlamat asal penubuhan PAS. Tapi malangnya kerana kecetekan ilmu agama para ulama(bukan ulama haq) & ustaz dalam PAS dan tidak faham perjuangan sebenar Rasulullah saw & para sahabat, PAS telah menjadikan platform sistem demokrasi untuk tegakkan islam dan perintah2 Allah. Kerana kebodohan dan hati yang buta untuk melihat yang benar dan HAQ, mereka menubuhkan parti PAS untuk perjuangkan islam. Pernahkan nabi2 yang Allah pilih sejak Adam a.s hinggalah Muhammad s.a.w disuruh oleh Allah tubuh parti politik dan perjuangkan islam?
Nabi Nuh a.s tubuh parti islam macam PAS ke sehingga Allah redha padanya sehingga Allah hancurkan kaum Nuh?
Nabi Ibrahim a.s tubuh parti islam macam PAS ke sehingga Allah redha padanya sehingga Allah hancurkan kerajaan zalim Namrud?
Nabi Saleh a.s tubuh parti islam macam PAS ke sehingga Allah redha padanya sehingga Allah hancurkan kerajaan zalim Madyan?
Nabi Musa a.s tubuh parti islam macam PAS ke sehingga Allah redha padanya sehingga Allah hancurkan kerajaan zalim Firaun?
Nabi Muhammad saw dan para sahabat tubuh parti islam macam PAS ke sehingga Allah redha pada mereka sehingga Allah hancurkan kerajaan zalim Mekah, Rom, Parsi dlln ?
Semua kerajaan zalim dahulu kala dihancurkan oleh Allah setelah Allah rehda pada hambaNya para rasul dan sahabat yang taat perintahNya yang terpaling terutama iaitu bersusah payah menghadapi dugaan mengajak Firaun, Namrud, Abu jahal, Abu lahab, kaum Lut, kaum Hud, kaum Tsamud, kaum Madyan, bani Israel dan semua orang kafir zaman dahulu kala supaya mengaku 'Tiada tuhan selain Allah dan para rasul adalah utusan Allah' sebagaimana diterangkan oleh Allah dalam Quran (TUNTUTAN RUKUN ISLAM PERTAMA YANG SEMUA ORANG ISLAM TINGGALKAN HARINI TERMASUK PARA AGAMAWAN TERMASUK ULAMA DAN USTAZ PAS, JEMAAH TABLIGH DLLN)
Kenapa ulama dan ustaz PAS tidak berjuang tegakkan islam seperti para rasul dan sahabat yang Allah ulang2 kali terangkan dalam Quran? kenapa perlu tubuh parti untuk perjuangkan islam? adakah tidak percaya dengan apa janji Allah dalam quran? adakah cara para rasul & sahabat spt yang Allah terangkan dlm Quran tegakkan islam tidak sesuai untuk sepanjang zaman? adakah Allah hantar rasul atau nabi baru dalam PAS yang terima wahyu untuk tunjuk cara baru menegakkan islam? Adakah ulama & ustaz PAS buta mata hati untuk faham kehendak Allah bahawa islam hanya sehanya akan tegak dan Allah akan bantu sebarkan bila ikut apa yang para rasul dan sahabat buat spt yang Allah terangkan dlm Quran?
Ternyata mereka buta mata hati untuk faham yang HAQ dalam Quran kerana cinta dunia, cinta kuasa serta pangkat dan keinginan mahu dunia menebal dalam hati yang menjadi penghalang dan penutup untuk faham yang HAQ. Memang diakui pernyataan ini keras dan pedas tetapi ia adalah HAQ.
PAS jangan harap & mimpi untuk lahirkan pemimpin islam yang hebat seperti para sahabat kerana perjuangan islam dalam sistem demokrasi tidak akan lahirkan pemimpin taqwa dan iman yang teguh terhadap Allah swt. Perjuangkan islam dalam sistem orang kafir mana Allah akan redha? PASTI takkan diredhai oleh Allah, malahan dicela oleh Allah kerana belakangkan cara yang telah Allah tunjukkan melalui rasulnya Muhammad saw.
Buktinya jelas PAS terpaksa mengadakan yang perkara baru dalam islam demi berkuasa. PAS tambah ayat baru dalam islam. Undi PAS masuk syurga. Kalau orang kafir undi PAS, boleh masuk syurga ke wahai ulama PAS? Ini penipuan semata-mata dan jual agama semata-mata untuk dapat kuasa.
Mana ayat Quran dan hadis menyuruh orang islam berjuang dapatkan kuasa? Hadis ada diriwayatkan yang Nabi saw menolak untuk diberi kuasa oleh Abu Jahal agar berhenti dakwahkan orang kafir kepada islam. Kenapa PAS menipu orang islam bahawa perlu ada kuasa dulu baru boleh tegakkan agama islam? Allah tak suruh buat usaha berebut2 dapatkan kuasa.
YANG SEBERNARNYA IALAH, ALLAH SURUH UMAT ISLAM TAAT PERINTAH2NYA SEPERTI YANG DIAJARKAN OLEH MUHAMMAD SAW SEHINGGA ALLAH REDHA DAN SUKA KEPADA UMAT ISLAM. APABILA UMAT DISUKAI OLEH ALLAH DAN DIREDHAI OLEH ALLAH MAKA ALLAH AKAN TUNAIKAN JANJINYA. BERMULA DENGAN ALLAH AKAN KURNIAKAN IMAN YANG TEGUH DALAM HATI ORANG ISLAM, AMAL ORANG ISLAM JADI BAIK. SETELAH IMAN TEGUH DAN AMAL ORANG ISLAM BAIK SPT YANG ALLAH MAHU, ALLAH AKAN KURNIAKAN KUASA SPT NABI SAW & SAHABAT DIKURNIAKAN KUASA DI MADINAH, KEMUDIAN HARTA DAN KEMULIAAN DATANG KEPADA UMAT ISLAM. DALAM KEADAAN IMAN YANG TEGUH, BARULAH KUASA DAN HARTA TIDAK MELALAIKAN ORANG ISLAM DARI MENTAATI ALLAH.
Ketika PAS dapat kuasa di Kelantan(1990- sekarang) dan Terengganu (1999-2003), kemungkaran yang dibuat oleh sebahagian pemimpin UMNO dibuat sama oleh pemimpin PAS, so what? main perempuan, rasuah, zina, penipuan...INILAH BALANYA DAPAT KUASA, HARTA DALAM KEADAAN IMAN LEMAH. Menipu umat islam dengan rupa agama dan cakap agama.
Dan yang lebih teruk pemimpin PAS buat ialah jual islam demi dapat kuasa. PERBUATAN INI SANGAT2 BURUK YANG TIDAK DIBUAT OLEH PEMIMPIN2 LAIN.
ADAKAH SISTEM DEMOKRASI MASIH RELEVAN KEPADA UMAT ISLAM-MELAYU DALAM KEADAAN NEGARA YANG SUDAH PECAH 18 KUMPULAN KECIL?

AKU FIKIR KEMBALI KEPADA SISTEM FEUDAL DAN MENINGGALKAN SISTEM DEMOKRASI KEDUA-DUANYA ADA MUDARAT. TETAPI DALAM ISLAM MENGGARISKAN APABILA ADA DUA MUDARAT, PILIH YANG KURANG MUDARAT. 

AKU BERPANDANGAN MUDARAT SISTEM DEMOKRASI KEPADA UMAT ISLAM, MELAYU & RAJA JAUH LEBIH BESAR BERBANDING SISTEM FEUDAL.
~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment