Wednesday 30 November 2011

AZIZ BARI PENING


Minggu lalu, selepas berceramah sepentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah, Johor Bharu, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan mahu bekerja di institusi itu sehinggan pencen, namun minggu ini beliau dilihat berbelah bahagi untuk mempertahankan keputusan tersebut.

Portal FMT hari ini melaporkan Aziz sedang mempertimbangkan untuk letak jawatan sebagai profesor di UIAM untuk mengelakkan daripada terus disiasat oleh pihak universiti.

“Saya akan membuat keputusan dalam minggu ini sama ada untuk kekal sebagai seorang profesor di UIA atau berhenti kerja dengan segera,” katanya dalam satu temu bual dengan FMT hari ini di Akademi Merdeka, di mana beliau menghadiri satu forum mengenai Perlembagaan Persekutuan yang dianjurkan oleh Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS).

Aziz merupakan ‘pengendali utama’ Akademi Merdeka sebuah NGO di Indonesia dikenali sebagai Freedom Institute, manakala di IDEAS, beliau juga berperanan sebagai felo kanan.

Persoalannya, kenapakah Aziz yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tegas, tiba-tiba boleh menukar fikiran untuk meletakkan jawatannya di UIAM ?

Dan kenapakah beliau begitu risau sekiranya kesnya itu terus disiasat oleh pihak universiti, jadi dengan meletakkan jawatan adalah alternatif terbaik supaya kesnya tidak terus disiasat ?

Apakah yang amat dirisaukan dan apakah yang cuba disembunyikannya ?

No comments:

Post a Comment