Saturday, 12 November 2011

SOKONG LIWAT BERHUJAH GUNA AYAT QURAN

Kenyataan bodoh penyokong Seksualiti Merdeka menggunakan dalil ayat Al-Quran ikut nafsu tanpa lihat kehendak Allah swt;

******************************************************************************
Forum Seksualiti Merdeka ini, pada diri saya, tidak bercanggah dengan kepercayaan saya sebagai Islam. Sebaliknya, ia mengukuhkannya. Seperti yang tercatat di dalam Al-Quran:

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
 


Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.  (Al- Fatir 35:27-28)


Agama Islam mengajar kita bahawa kepelbagaian adalah fitrrah dan hakikat sifat ciptaan Allah. Kita diwujudkan secara berbeza dan pelbagai supaya kita mengetahui dan menghormati antara satu sama lain. Mengikut ayat A-Fatir 35:27-28, saya rasa interpretasi perkataan “warna” bukan sahaja merujuk kepada “warna benda”, ia juga merujuk kepada rupa, sifat, dan kebolehan kita. Allah berkata bahawa tiada masalah untuk Dia mewujudkan hanya satu Umat, maksudnya, insan yang serupa dari segi agama, kepercayaan, naluri dan lain-lain lagi.

Baca seterusnya di sini (http://www.seksualitimerdeka.org/2011/11/pandangan-seorang-muslim-terhadap.html).
*********************************************************************************


Orang jahil agama tafsir Al-Quran ikut hawa nafsu, hasilnya SESAT dari ajaran sebenar Muhammad saw. Seperti orang sesat Haji Kahar Rasul Melayu juga berhujah bahawa dia dilantik sebagai rasul melayu menggunakan ayat Al-Quran dengan dia menafsirkan ayat Al-Quran yang menyebut 'Setiap kaum dihantar nabi dan rasul'. Dia guna ayat Quran ini semata-mata tanpa melihat keseluruhan isi Quran, walhal ayat itu adalah penegasan Allah kepada Bani Isreal yang menyangka nabi & rasul dilantik hanya dari kaum Bani Isreal sahaja walhal Allah berkuasa melantik nabi akhir zaman dari kaum lain iaitu Arab yang bernama Ahmad atau Muhammad saw. Dan ayat yang lain dlm Quran, Allah menyebut Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir.

Haji Kahar jadi sesat kerana tafsir Quran ikut hawa nafsu dan ambil sekerat yang kena dengan hawa nafsu tanpa melihat keseluruhan ayat Quran, hadis dan sirah nabi yang menerangkan sunnah nabi saw dan kehidupan para sahabat r.hum ajmaen. Sama juga seperti golongan anti hadis, amal islam hanya rujuk Quran semata-mata maka solat di tiga bahagian hari sahaja walhal solat yang difardhukan kepada nabi saw dan umat ini ialah 5 waktu.

Samalah si samdol diatas yang menyokong perhimpunan manusia yang bernafsu binatang supaya diadakan negara ini. Orang Islam yang tersesat dari jalan benar. Kalau dia perhati seluruh isi Quran, pasti dia akan jumpa kisah Allah hancurkan kaum nabi Lut kerana bernafsu lebih teruk dari binatang yang melakukan homoseksual di tempat bernama Sodom berdekatan laut mati. Allah juga menerangkan dlm Quran tentang manusia yang bertuhankan nafsu tidak akan dapat hidayat untuk melihat kebenaran. Dan nabi saw sendiri tidak mengaku umat manusia celaka yang melakukan sodomi.

Sungguh celaka manusia yang gunakan ayat suci Allah hanya untuk membenarkan perbuatan celaka kaum nabi Lut.

Semoga Allah memberi kamu hidayat untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sanggup jual ayat Allah demi nafsu kamu yang celaka itu. Kalau tidak ada ketentuan hidayat dalam pengetahuan Allah, sesungguhnya azab Allah sangat pedih kepada manusia yang ingkar.

~ pengikut Muhammad saw

3 comments:

  1. Org macam tu dah sah sesat dan songsang tak yah kita nak ragukan...seharus nya Jab.Agama bertindak keatas mereka nie...

    nie gua kasi kat sibaghal tu...utk di fahamkan.

    Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.QS 2;6

    (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.QS 2:7

    Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. QS 2:9

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".QS 2:11

    Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. QS.2:12

    Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).qs 2:13

    sibangsat tu kafir lahanat

    wallahuwa'lam.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Anon 15:32 menambah dalil ayat Quran.

    ReplyDelete
  3. Dalam Quran Allah ada menyebut, kitab ini memberi petunjuk kepada banyak orang dan kitab ini menyesatkan banyak orang.

    Apa maksudnya ialah sesiapa yang beriman kepada Allah & rasul akan diberi hidayat untuk faham dengan betul kandungan Quran. Sesiapa yang hati mencintai dunia dan tidak beriman kepada Allah & rasul, menjadi sesat bila membaca Quran dan jadikan Quran sebagai perisai untuk pertahankan perbuatan yg mengikut hawa nafsu mereka.

    ReplyDelete