Friday 31 May 2013

KEBURUKAN SISTEM VERNAKULAR



Najib sepatutnya bekerjasama dengan semua menteri pendidikan yang baru dilantik ke kabinet untuk menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Sepatutnya cukup bijak untuk menilai bahawa semangat perpaduan antara kaum negara ini gagal setelah 50 tahun lebih negara mencapai kemerdekaan adalah disebabkan wujudnya sistem pendidikan vernakular. Dengan adanya sistem ini maka anak-anak dari kaum yang berlainan sejak kecil tidak dibiasakan untuk belajar, bermain dan bergaul bersama.

Inilah barah dalam negara ini. Inilah punca kaum Cina cukup janggal untuk bergaul baik dengan kaum kaum lain negara ini kerana sifat perkauman mereka cukup tebal. Mereka tuduh melayu rasis. Tuduhan itu tidak benar kerana kalau benar tuduhan itu pasti kaum melayu akan memberontak bila pemimpin melayu buat keputusan untuk terima kaum cina dan india sebagai sebahagian rakyat Tanah Melayu semasa proses menuntut kemerdekaan.

Berbalik kepada buruknya sistem vernakular, sebahagian besar anak cina tidak pandai cakap melayu fasih walhal itu syarat utama sebagai rakyat negara ini kerana bahasa melayu adalah bahasa rasmi dan digunakan dalam semua majlis rasmi negara.

Kebanyakan cina cakap melayu telor dan pelat yang sangat teruk sekali.

Sepatutnya semua kaum yang mahu mohon IC negara ini mesti diwajibkan ambil ujian oral bahasa melayu di pejabat pendaftaran dan kalau gagal mesti ulang sehingga berjaya seperti memohon lesen memandu.

Najib berani tak buat perubahan yang berkait dengan kepentingan cina? ...kalau Najib berani buat perubahan yang mengorbankan kepentingan negara iaitu ISA.. dan beberapa perkara penting lagi yang melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera...adakah Najib berani buat perubahan bila hal berkaitan dengan kaum cina?

4 comments:

  1. Saya sokong 100%

    ReplyDelete
  2. Buatlah 1000 jenis program 1 Malaysia apa pun utk tarik kaum tu utk sokong kerajaan, hanya membazir masa dan wang sahaja selagi sekolah kebangsaan satu aliran tidak dilaksanakan

    ReplyDelete
  3. Dalam otak meka tak terima BN itu aja. Buat apa pun meka da taksub mcm pengikut PAS...meka nak kuasa NAJIB Out..Melayu OUT, Rosmah OUT, ..dama rata dama rasa..hihi Ambik Kau ..syok sendiri..

    ReplyDelete
  4. tp anda kena pikir...kalu dihapuskan sistem vernakular maka ia juga akan membabitkan quota melayu masuk ke universiti...melayu tidak ada alasan lg sbb semua dah masuk sistem pendidikan yg sama...aku sokong 100% penghapusan sistem venakular ni...tp org melayu kena lah bersedia utk bersaing utk dpt ke ke universi...

    ReplyDelete