Friday 11 November 2011

DEMI ISLAM, MELAYU DAN RAJA, SISTEM DEMOKRASI PERLU DIBUANG!


Aku pasti tulisan yang aku tulis ini membuatkan penggemar agama demokrasi samada dari UMNO, PAS, PKR atau BEBAS@atas pagar akan panas dan tidak suka. Namun kerana sayangkan Islam, Melayu serta Raja, aku menulis tentangnya. Aku tidak kisah orang suka atau tidak, kerana yang perlu aku peduli samada Allah suka atau tidak kerana maksud dan matlamat hidup seorang muslim yang betul ialah mencari suka Allah atau redha Allah pada diri kita.

Cuba fikir sebagai seorang islam yang sayangkan Allah dan Rasul, sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini sejak merdeka 54 tahun lalu berakhir dengan perpecahan umat islam~melayu kepada 18 kumpulan yang berbeza edologi politik dan ajaran tafsiran agama.

Umat islam negara ini sudah jadi golongan minoriti berbanding umat bukan islam. Dalam sistem demokrasi minoriti tidak boleh memerintah dan hanya diperintah. Jika ini berlaku hilanglah kesucian & kedaulatan islam, melayu dan raja di negara ini.

Lihatlah sekarang kesan sistem demokrasi, sudah ada pihak berani mencabar kesucian islam, melayu dan raja. Masih bodohkah kita umat islam dengan terus berangan-angan menyangka sistem demokrasi penyelesai masalah umat islam? sedangkan sistem ini sistem orang kafir dan bukti kecelakaan sistem ini kepada umat islam sudah jelas. Kenapa ragu-ragu dengan islam dan ajaran islam?

Dalam sejarah islam, sistem pemerintahan terbaik untuk umat islam ialah diketuai oleh nabi atau rasul sendiri. Oleh kerana sudah tidak ada lagi nabi & rasul, jadi samada diketuai oleh seorang yang beriman dan bertaqwa bersamaan ciri2 pemimpin yang digariskan oleh Nabi Muhammad saw seperti zaman Khulafak Rasyidin atau diketuai oleh seorang raja yang beragama islam seperti zaman Muawiyah r.a hinggalah kerajaan Uthmaniyah( yang berakhir 1924).

Ada hikmah pada amatan saya apabila Allah masih simpan Raja & Sultan negara ini berbanding negara seperti Indonesia yang Raja & Sultan sudah tidak ada tempat dalam pemerintah negara tersebut. Dan pada hemat saya inilah tujuan Allah pelihara Raja & Sultan negara ini apabila sistem demokrasi gagal menyelamatkan islam dan umat islam.

Bayangkan apa berlaku bila negara hilang Raja dan Sultan seperti Indonesia jadi negara demokrasi penuh atau republik. Pasti dan pasti islam dan umat islam akan hancur dek percaturan musuh2 islam.

Aku berfikiran bahawa mudarat kepada islam dan umat islam dalam sistem demokrasi jauh lebih besar berbanding mudarat sistem beraja kerana raja negara ini adalah orang islam yang sayangkan umat islam dan islam.

Aku menadah tangan kepada Allah Yang Maha Berkuasa supaya buat yang terbaik untuk umat islam negara ini dan peliharalah kami dari kehinaan dan kezaliman. Dan kalau kerana dosa-dosa kami semua ini berlaku, maaf dan ampunkanlah kesalahan kami. Sesungguhya kami mengaku bahawa kami banyak berbuat kejahatan dan kazaliman atas muka bumi Mu ini.

~ pengikut Muhammad saw

7 comments:

  1. saya setuju dengan cadangan ini, umat islam semakin terhimpit dengan mainan orang politik negara ini

    ReplyDelete
  2. betul tu!

    bahaya kalau negara ini terus amalkan sistem demokrasi dlm keadaan umat islam pecah belah, habis tergadai...macam mana la nanti anak cucu tak kenal lagi agama islam spt yang berlaku di singapore.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Siapa yang sepatutnya mulakan?

    Tun M? Raja? Rakyat?

    .....?

    ReplyDelete
  4. Yang penting demokrasi itu biarlah menurut AQ..selagi tidak bercanggah dengan norma2 dan fitrah yang ditetapkan.Selagi muslim dan orang2 'Melayu meghayatinya insya Allah semuanya akan ok.

    Problemnya demokrasi yang dianuti bukan menurut dasar dan fitrah Islam ...lebih kepada demokrasi musoh Islam yang telah dinyatakan Allah..camne x bebal.

    Bagaiamana penyataan Allah akan mereka yang mengarang2 kitab dan ayatnya...begitu juga Demokrasi sudah diterbalikan erti sebenarnya oleh musibatu jalan nie.

    Bukankah ISLAM mentemaddunkan manusia.

    ReplyDelete
  5. "Yang penting demokrasi itu biarlah menurut AQ..selagi tidak bercanggah dengan norma2 dan fitrah yang ditetapkan.Selagi muslim dan orang2 'Melayu meghayatinya insya Allah semuanya akan ok"

    Sistem Demokrasi ciptaan orang kafir, macammana boleh cakap ianya berlandaskan AQ dan dihalalkan demi kebaikan islam. Sebagai contoh, sistem riba ciptaan orang kafir, bolehkah ia jadi suci bila digunakan berlandaskan AQ dan dhalalkan demi kebaikan muamalat dlm islam?

    Apa yang buruk tetap buruk, tak perlu pertahankan kalau betul sayangkan islam dan umat islam. Umat islam takkan jadi betul dgn sistem demokrasi dah terbukti umat islam pecah belah, masih bodoh lagi mahu guna sistem orang kafir?

    Tak yakin dengan islam dan ajaran islam yang dah terbukti berjaya umat terdahulu?

    ReplyDelete
  6. System demokrasi adalah system yang tidak pernah diiktiraf oleh Allah. System ini diiktiraf oleh orang kafir dan system ini banyak kelemahan kerana ia direka oleh orang kafir. Untuk memajukan sesebuah negara kita tidak boleh membuat analisa mengikut pemikiran kita yang ternyata pemikiran kita adalah terbatas mengikut apa yang kita pelajari dari pengalaman kita. Dalam system demokrasi setiap orang dalam negara tersebut berhak untuk memilih pemimpin dan jika ramainya orang yang buruk dalam sesebuah negara tersebut maka orang yang buruklah yang akan menjadi pemimpin dalam sesebuah negara. Jika orang yang buruk telah dipilih maka buruk lah kesan dari pemerintahan yang akan dilakukan oleh pemimpin yang buruk berpunca dari pilihan orang ramai yang buruk.

    System yang ternyata berjaya adalah system yang telah di tunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Dalam system ini orang yang soleh dan taqwa hendaklah menjadi pemimpin bagi seluruh manusia. Orang yang terbaik dikalangan kita hendaklah dipilih berdasarkan keputusan mengikut mesyuarat oleh raja-raja atau orang yang soleh. Orang yang soleh hendaklah bermesyuarat sesama mereka untuk memilih orang yang terbaik dari kalangan mereka untuk menjadi pemimpin. Pemimpin yang hendak di pilih mestilah seorang yang mendepankan kehendak Allah dan Rasul dan akan menjalankan amanah yang di beri. Amanah sebenar adalah dari Allah iaitu Allah memerintahkan kita untuk mentaati segala perintah dia mengikut kehendak dalam Al-Quran dan sunnah.

    Dalam sesebuah negara orang yang bertaqwa hendaklah menjadi pemimpin agar Allah memberkati negara tersebut. Dengan adanya orang yang bertaqwa menjadi pemimpin maka segala amanah akan dijalankan menepati kehendak Allah dan Rasul. Semua orang Islam akan berpuas hati dengan keadilan yang diberikan. Orang kafir juga akan mendapat kebaikan jika orang yang bertaqwa menjadi pemimpin sesebuah negara....

    ReplyDelete