Monday 21 November 2011

TUN MENEGUR PRESTASI UMNO, MASIH TAK NGAKU!

Kenapa tak nak ngaku salah? Tun M menegur adalah untuk kebaikan orang melayu, tapi Hishammudin menafikan teguran Tun sebaliknya mengatakan melayu terbela sejak 2008. Aku percaya ada yang tidak kena di mata Tun M perihal 1 Malaysia yang membuatkan melayu rasa terpinggir dalam pentadiran Najib terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan  Melayu dan keselamatan negara ini seperti contoh biasiswa, sekolah vernakular, tindakan yang membela berlebihan Namewee yang mengutuk melayu dan islam, ISA and etc.

Seperti yang aku menulis di entry yang terdahulu, aku dengar keluhan melayu yang merasa terpinggir di bawah pentadbiran Najib kerana keistimewaan melayu banyak terhakis. Dek tidak tahan, PERKASA ditubuh kerana fungsi UMNO dilihat kurang berfungsi menjaga kepentingan melayu kerana Najib terpaksa berhempas pulas mempromosi 1 Malaysia dimana dia perlu menjaga dan memenuhi tuntutan kaum lain negara ini termasuk tuntutan supaya hak melayu dihapuskan sekiranya Najib mahu undi dan sokongan mereka.

Kerana terlalu mendambakan sokongan kaum lain, banyak kepentingan melayu dan islam tidak terjaga seperti dahulu. Kesan dari itu, melayu rasa terpinggir.

Teguran Tun M sangat berguna sebelum terlambat.

~ pengikut Muhammad saw

2 comments:

  1. kalo org tegur tu xyah la nak besar kepala,ngaku jela salah tu..org tegur sbb tgk da truk sgt..punya nk jaga undi bangsa lain sampai bangsa sendiri rasa terpinggir..da byk sgt benda yg jadi,contohnya kes namawee tu..apa tindakan ds hisyam ni???bila melayu bakar gereja d tngkap dan d penjara,bila kena ank cina simbah cat kat surau settle camtu saja..kt bkn nk bsikap perkauman tp agak2 la kalo nk jaga undi pn..kt bercakap psl melayu d kata rasis,apa jadahnya ni??

    ReplyDelete
  2. Memang dah keterlaluan sangat mereka berpolitik sehingga pinggirkan melayu demi undi cina. PAS jadi bahluk sanggup pinggirkan islam demi undi cina. Melayu patut cari ketua yang bukan orang politik kalau nak selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete