Bila orang islam mencela orang islam yang lain seperti menuduh saudara islam kafir, sesungguhnya tuduhan ini berat. Betapa banyak mulut pemimpin PAS, ustaz dalam PAS dan ahli PAS menuduh kafir saudara islam dalam parti UMNO tidak kira dimana termasuk dalam masjid dan surau gara-gara hukum hudud.
Terbaru Ustaz Azhar Idrus mengatakan dengan penuh keyakinan bahawa ustaz dan ulama dalam UMNO berenang-renang dalam neraka. Ini antara tuduhan berat.
Allah maha adil. Bila menuduh saudara islam dengan tuduhan yang berat walhal saudara islam tidak seperti tuduhan yang dibuat, akhirnya tuduhan itu balik kepada yang menuduh.
Semua tuduhan dulu bahawa UMNO jatuh kafir bila tidak jalankan hudud, UMNO jatuh kafir bila berkawan dengan orang kafir dlm MCA dan MIC, sekarang semua tuduhan itu sudah Allah pulangkan kepada PAS.
Lihatlah sekarang, PAS bersamada dengan DAP dan PKR yang semua maklum bahawa DAP jauh lebih buruk dari MCA MIC kerana sangat menentang islam walhal MCA dan MIC tidak sekeras itu.
Dalam hal hukum hudud, PAS kelihatan berputar-putar untuk jelaskan pada rakyat. Semua berkecamuk dan haru biru. Tak sefahaman antara pemimpin PAS. Tak sefahaman antara DAP dan PKR.
Dalam hal hukum hudud, PAS kelihatan berputar-putar untuk jelaskan pada rakyat. Semua berkecamuk dan haru biru. Tak sefahaman antara pemimpin PAS. Tak sefahaman antara DAP dan PKR.
Banyak sangatlah kalau nak disebut satu persatu fitnah sudah kembali kepada PAS sekarang. Tengok dan baca 2 gambar diatas sudah cukup bukti bahawa iblis berjaya menipu orang agama dalam PAS lantaran dosa merasa diri bagus dan rasa diri lebih islam dari orang lain.
Azazil@Iblis dilaknat oleh Allah bukan kerana berzina dengan jin betina. Tidak kerana tidak solat atau tinggalkan ibadat kepada Allah tetapi kerana beribadat kepada Allah dengan perasaan riak dalam hati merasa diri bagus dan jauh lebih baik dari Adam a.s
PAS merasa jauh lebih baik dari UMNO kerana rupa agama, amal agama dan cakap agama tapi buat semua tu dengan perasaan riak dalam hati. Takabbur dalam hati terbit kerana memandang rendah orang lain.
Rakyat semua nampak sekarang PAS sudah dijerat oleh iblis. Semua gara-gara mainkan agama dalam politik. Agama tidak boleh diguna untuk dapat undi. Jangan jual agama kerana undi. Jangan politikkan agama. Agama islam ialah agama yang suci. Jangan kotorkan agama dengan letak dalam politik.
Kesalahan tu patut Nik Aziz perbetulkan. Kafir tak kafir seseorang ditangan Allah. Syurga atau tidak seseorang pd tangan Allah. Akhir hayat kita Allah je yang tahu. Ambil iktibar kisah Azazil yang kuat ibadatnya, akhirnya Allah laknat lantaran pandang rendah pada hamba Allah.
ReplyDelete