Monday, 7 May 2012

HOT: HADI DICANGGAH RAKYAT TERENGGANU KERANA HASRAT PINDA PERLEMBAGAAN NEGARA JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA

Belum lagi memerintah negara ini, pemimpin-pemimpin PR sudah berangan-angan nak pinda perlembagaan negara untuk tidak lagi meletak islam sebagai agama rasmi negara. Kenyataan yang berat ini telah dibuat oleh presiden PAS yang dulunya bersungguh2 kelihatan mahu jadikan negara Malaysia sebagai negara islam. Kenapa mahu ubah? adakah ini strategi PAS untuk tawan undi bukan islam? Bagaimana pula dengan undi orang islam, tidakkan Hadi fikir kenyataan sedemikian membuatkan orang melayu islam akan marah? Tandanya wakil NGO orang melayu seperti Perkasa diatas sudah menyatakan perasaan tidak puas hati dengan Hadi.

Bayangkan bila PR memerintah negara ini nanti. Kerana desakan master PR iaitu DAP, islam akan tidak lagi jadi agama rasmi negara ini, raja-raja melayu tidak lagi jadi penaung negara ini, bahasa melayu tidak lagi jadi bahasa kebangsaan negara ini, keistimewaan agama islam, melayu dan raja-raja melayu akan dihapuskan berperingkat-peringkat. Negara ini akan jadi Republik Malaysia.

Diambang PRU13 memperlihatkan umat melayu UMNO dan PAS, PKR pecah teruk. Seumpama tiada jalan untuk diubati. Dari pemerhatian aku, UMNO nampak boleh berlembut untuk perpaduan umat islam negara ini namun tidak PAS. Mereka lebih rela berkawan baik dengan si kafir harbi dalam DAP bahkan dengan syaitan asalkan menumbangkan kerajaan zalim BN/UMNO.

Jika melihat atas kertas, pemimpin yang bukan islam yang mewakili parlimen dari DAP, PKR, MIC, MCA, Gerakan, Parti-Parti Sabah & Serawak melebihi pemimpin islam dalam parlimen. Ini merupakan satu ancaman kepada umat islam negara ini yang majoritinya kaum melayu. Apa akan berlaku jika semua ahli parlimen pembangkang yang bukan islam bersatu membentuk satu kuasa baru dalam parlimen. Tidakkah satu ancaman kepada umat islam negara ini jika kuasa baru melebihi 2/3 suara dalam parlimen. Tidakkah dengan mudah hasrat Hadi dilaksanakan kerana sudah pasti PAS akan bersama kuasa baru tersebut kerana PAS tidak mungkin akan bersama UMNO kerana pada fahaman mereka UMNO tolak islam.

Aku melihat ini sebagai masalah besar bakal berlaku jika hal di atas benar-benar berlaku. Tidakkah kita mahu lihat UMNO dan PAS bersatu. Ya saya menjangkakan hampir semua orang islam negara ini yang bukan berfahaman politik taksub akan setuju dan gembira kerana ini akan memberi satu kekuatan kepada perpaduan umat islam di negara ini.

Masalahnya, apakah jalan untuk UMNO dan PAS bersatu? 

Aku percaya untuk satukan dua kaum yang sudah bertelagah hampir 60 tahun ini mesti dengan cara yang sama yang Allah gunakan untuk satukan dua kaum bertelagah di Yathrib 1500 tahun dulu iaitu dua yang dikenali kaum Aus dan Khozroj di Madinah yang cukup terkenal dalam sejarah islam. Pemimpin yang tegas, bijaksana, beragama, rendah hati yang ada mirip pewatakan dan mirip ciri kepimpinan Rasulullah saw atau sekurangnya mirip dan ciri kepimpinan Khulafak Rasyidin harus dicari demi penyatuan UMNO dan PAS.

Apa yang terjadi di semenanjung tanah Arab 1500 tahun lepas sedang berlaku di semenanjung Tanah Melayu. Penyatuan dua kaum ini sangat kritikal demi memartabatkan islam negara ini.

No comments:

Post a Comment