Tuesday, 1 May 2012

MISI MENCARI YANG BENAR: KRONOLOGI BERSIH 3.0


Minit 0:27 -
Tonton video diatas dimana babak pertama di Dataran Merdeka apa yang anda sedang saksikan ialah Unit Amal PAS(baju merah) yang sepatutnya membantu polis kawal keadaan merempuh dan diikuti oleh pendemo Bersih 3.0(baju kuning).

Minit 1:02 -
Pendemo cuba menolak benteng FRU tetapi berjaya dikawal dan pada minit ke 1:12 satu objek merah dibaling ke arah FRU.

Minit 1:54 -
Anwar dan Azmin sidang berhubung dengan bahasa isyarat yang sertai suara pendemo 'boleh masuk' 'masuk' 'masuk'.

Minit 2:20 -
Azmin turun dari tempat dia berdiri disertai dengan seorang pendemo berbangsa India (baju kuning) buka penghadang besi dan pendemo serbu masuk.

Minit 2:25 -
Beberapa orang Unit Amal PAS turut membuka penghadang besi dan pendemo lain turut serbu masuk dan dapat didengari dengan laungan takbir yang konon dengan itu membangkit semangat jihad pendemo menentang 'kerajaan zalim' pada pandangan mereka dan FRU mula tembakan water canon setelah pendemo menceroboh masuk ke kawasan diwarta larangan berhimpun.

Minit 4:14 -
Sekumpulan pendemo meraikan kejayaan Bersih 3.0 dan seorang lelaki berkaca mata berkata akan bersurai.

Minit 4:26 -
Kelihatan kereta polis datang dari arah belakang sekumpulan pendemo di Minit 4:14 diatas dan kelihatan pendemo mulai membaling objek kearah kereta polis tersebut.

Minit 4:30 -
Seorang pendemo dari sebelah kiri kereta polis melompat ke atas hud depan kereta polis tersebut.

Minit 4:34 -
Pendemo berkopiah menendang kereta polis arah depan sebelah kanan kereta dan sertai dengan balingan objek kearah kereta bertalu-talu oleh ramai pendemo.

Minit  4:41 -
Seorang lagi melompat naik keatas bumbung kereta dan melompat-lompat berulang kali.

Minit 5:12 -
Kelihatan pemuda berhelmet (wartawan Al-Hijrah) sedang menghalang daripada pemandu kereta polis daripada dikasari oleh pendemo dan kerana itu dia telah dipukul bertalu-talu oleh sekumpulan ramai pendemo sehingga terbaring atas tanah.

Minit 5:30 -
Seorang pendemo berbaju belang putih hitam telah datang dari arah belakang kereta polis dan mengambil kon polis di atas tanah sebelah pemandu kereta polis tersebut dan menghentak beberapa kali polis yang sudah separa sedar di bahagian pemandu.

Minit 5:55 -
Seorang pendemo datang cuba tenangkan keadaan agar polis tidak terus dibelasah oleh pendemo lain (aku doakan Allah buka hati kau untuk dapat petunjuk yang lurus oleh Allah swt).

Minit 6:46-
Rakaman menunjukkan sebuah kenderaan polis (kelihatan seperti Nissan x-trail) dipecah oleh pendemo.


Sidang Anwar tidak menjawab soalan dari peserta Bersih 3.0 tentang kenapa Bersih 3.0 yang sepatutnya berjalan secara aman berdasarkan slogan 'Duduk Bantah' tapi bertukar ganas kerana dari pengamatannya setelah dia melihat rakaman video ia disebabkan oleh Anwar telah hijacked Bersih 3.0 dengan menyuruh pendemo buka penghalang besi dan masuk ke kawasan yang diwarta aman dari pendemo. Oleh kerana soalan itu dia telah dihalau keluar dari bilik sidang media.

Pembaca nilaikanlah siapa yang berkata benar dan siapa berbohong semata-mata memuaskan hawa nafsu untuk menutup kesalahan yang dilakukan.

Ingatlah Allah Maha Berkuasa dan Allah boleh buka satu persatu kebenaran bila Dia mengkehendakinya.

No comments:

Post a Comment