Friday, 11 May 2012

TAZKIRAH JUMAAT: UNTUK NIK AZIZ, HADI DAN AHLI PAS YANG SANGKA PAS MENEGAKKAN ISLAM



Siyasah ialah pemerintahan islam. Pemerintahan islam akan Allah kurniakan bila umat islam kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw. Selagi umat islam bergelumang dengan perjuangan sistem demokrasi yang dicipta oleh orang kafir, umat islam takkan dibantu oleh Allah swt kerana janji Allah hanya bantu umat islam bila amalkan islam yang benar dan bukan mana-mana perkara ciptaan orang kafir seperti system demokrasi dan system riba. Sebagaimana selagi kita bergelumang dengan sistem riba yang dicipta oleh kafir selagi itulah ekonomi umat islam tidak akan bersih dan hilang keberkatan.

Sistem demokrasi adalah najis sebagaimana sistem riba adalah najis kerana keduanya dicipta oleh orang  kafir. Tidak ada guna cuci najis. Buang najis dan kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw sehingga Allah redha dan Allah pasti tunaikan janjinya iaitu kurniakan kuasa pemerintahan kepada umat islam tanpa perlu kita bersekutu dengan mana2 puak kafir atau puak sekular.

Dalam system demokrasi, kuasa bukan tunggu Allah kurniakan seperti mana Nabi saw dan sahabat dikurniakan kuasa di Madinah tetapi memburu kuasa apa cara sekalipun. Matlamat halalkan cara walaupun berdamping terpaksa dengan puak-puak syaitan dan sekular. Akhirnya umat islam dilibatkan dalam fitnah yang dasyat.

Selagi umat islam tidak tinggalkan ajaran islam tafsiran masing2 yang berlandaskan hawa nafsu dunia yang dibayangi kuasa, harta dunia spt yang wujud harini serta menyimpang dari islam sebenar dan kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw, selagi itulah umat islam tidak akan dapat mencapai tahap iman yang Allah kehendaki dan selagi itulah walaupun umat islam dapat peluang dapat kuasa melalui sistem demokrasi, kuasa akan menjadi sebab kepada umat islam berperang sesama sendiri.

Selagi kita bergelumang dengan sistem demokrasi yang dicipta oleh kafir selagi itulah pemimpin yang akan diangkat oleh Allah ialah orang yang sekular atau yang berupa agama tapi hati sangat mencintai dunia sehingga gadaikan agama semata-mata mahukan kuasa yang menjanjikan pangkat dan harta setelah dapat berkuasa dan natijah dari ini umat islam berpecah belah seperti yang berlaku di semua negara2 islam.

Ali Imran [26]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kuasa dan harta akan dikurniakan oleh Allah setelah umat islam mencapai tahap beriman yg Allah kehendaki natijah drpd umat islam kembali amalkan islam yang sebenar yg dibawa oleh Muhammad saw spt sekalian sahabat. Dengan iman yg teguh dihati umat islam, kuasa dan  harta akan dikendali dengan mengikut perintah Allah. Sebagaimana janji Allah swt;

Surah Annur [55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya ntuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

2 comments:

  1. kenapa hadi ke nikajis ke dan bahalul2 pas yang lain tak terfikir macam yang kau tulis diatas? tapi tak apa lah kau ajarlah mereka dengan kesabaran semoga satu hari nanti mereka akan sedar.

    ReplyDelete
  2. betul, apa yang kau tulis memang sama dengan sejarah kebangkitan islam dulu kalau rujuk pada sirah

    ReplyDelete