Monday, 21 May 2012

WAJIB BACA: MUZAKARAH PAS DAN UMNO


Jika PAS dan UMNO ikhlas untuk memartabatkan agama islam, umat islam, bangsa melayu dan keamanan negara ni, kedua-duanya patut berbincang & bermuzakarah berdasarkan kesamaan yang ada pada kedua-dua parti ini.

Apakah persamaannya? Persamaannya ialah kedua-dua ahli parti ini ada beragama islam dan berbangsa melayu.

Ahli PAS dan UMNO adalah beragama islam. Saya percaya kedua-kedua ahli parti ini mendokong dan usaha untuk amalkan 5 rukun islam. Ini adalah asas agama seperti yang disebut oleh Rasulullah saw bahawa islam tegak atas 5 tiang iaitu bersaksi dua kalimah syahadah, mendirikan solat, puasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji. Bersama dengan itu, kedua-dua ahli parti mendokong dan percaya kepada 6 rukun iman.

Inilah titik persamaan yang sangat utuh yang ada pada PAS dan UMNO. Adakah mana-mana ahli UMNO atau PAS menolak 5 rukun islam dan 6 rukun iman? Saya percaya tidak ada dan saya percaya kedua-duanya mendokong dan berpegang kepada asas agama yang kukuh ini.

Sebenarnya tidak timbul langsung perbezaan dari sudut pegangan agama yang ada PAS dan UMNO jika dilihat pada pegangan terhadap 5 rukun islam dan 6 rukun iman.

Keduanya adalah islam dan bersaudara. UMNO tidak kafir dan bukan PAS sahaja orang islam kerana sesiapa sahaja mengucapkan 2 kalimah syahadah pasti islam agamanya termasuk mana-mana orang yang bukan ahli PAS atau bukan ahli UMNO.

Semenjak dulu lagi hubungan UMNO dan PAS tegang lantaran kafir mengkafir dalam isu perlaksanaan hudud.

UMNO sejak dulu lagi menegaskan bahawa hudud belum boleh dilaksanakan di negara ini kerana keadaan negara ini yang terdiri daripada berbilang agama dan kaum. Namun dulu, PAS sangat bertegas dan mendesak kerajaan BN supaya melaksanakan hudud kerana selagi tidak melaksanakan hudud, Malaysia belum boleh dikategorikan sebagai negara islam, inilah dakwaan PAS . Kerana percanggahan pendapat tentang perlaksanaan hudud ini, UMNO dan PAS bertelagah.

PAS berfatwa, sembelihan UMNO haram dimakan kerana UMNO tidak laksanakan hudud, nikah kahwin oleh imam UMNO tidak sah kerana UMNO tidak laksanakan hudud, imam UMNO tidak sah dalam solat fardhu berjemaah & jumaat kerana UMNO tidak laksanakan hudud. Saudara mara putus kerana fatwa diatas.

Hebat sungguh dulu ketegasan PAS dalam bab perlaksanaan hudud sehingga saudara seislam dalam UMNO jatuh kafir.

Bertahun sudah berlalu, fatwa UMNO jatuh kafir kerana tidak laksanakan hudud dilihat sudah makan tuan. Hadi, Nik Aziz, Harun Taib, Mat Sabu, Mustafa Ali sekarang kelihatan berbelit-belit lidah untuk tidak kelihatan ekstrem bab hudud ini agar teman rapat Anwar dalam PKR dan Karpal LGE LKS tidak naik darah. Rakyat baru-baru ini, baru saja lihat betapa diantara pemimpin PAS tidak sehaluan dalam perlaksanaan hudud.

Jika berlandaskan fatwa lama PAS, sekarang PAS juga jatuh kafir kerana tidak lagi mahu laksanakan hudud kerana tentangan kuat dari DAP dan larangan oleh Anwar.

Oh!, lupa..ada satu lagi fatwa lama PAS yang mana UMNO jatuh kafir iaiti kerana berkawan dengan orang kafir dalam MCA dan MIC.

Fatwa ini juga dilihat sudah makan tuan.

Hakikatnya, ahli UMNO dan ahli PAS tidak kafir selagi tidak mengakui kemurtadan seperti Lina Joy.

Percanggahan pendapat tentang perlaksanaan hudud tidak menjatuhkan PAS dan UMNO kepada kekafiran kerana saya percaya kedua parti ini tidak menolak apa-apa hukum dalam al-Quran cuma PAS dan UMNO kekurangan keberkatan ilmu untuk memahami bagaimana hudud dapat dilaksanakan walaupun dalam negara berbilang bangsa dan agama.

Saya percaya islam yang merupakan agama Allah yang Allah redhai sudah pasti sesuai diamalkan walau dimana-mana zaman, dimana-mana keadaan dan dimana-mana tempat. Hal ini kerana islam adalah agama milik Allah dan Allah swt Maha tahu bahawa ia sesuai sepanjang zaman. Allah tahu dari dulu lagi bahawa selepas kawafatan Muhammad saw dan sahabat akan berlaku seperti mana sekarang, contoh Malaysia yang memiliki berbilang agama dan bangsa. Namun islam tetap boleh diamalkan walaupun keadaan sekarang, islam sesuai sepanjang zaman, namun kejahilan manusia berbanding ilmu Allah menyebabkan manusia mencipta ribuan alasan untuk tidak amalkan islam yang sudah sempurna Allah turunkan.

Saya percaya hudud boleh dilaksanakan sekarang juga walaupun kerajaan BN yang memerintah dan tidak perlu tunggu PAS memerintah negara ini kerana PAS sekarang pun sudah ikut jejak UMNO untuk beri alasan untuk tidak laksanakan hudud.

Agama islam ialah bukan agama paksaan. "LAA IKRO HAFIDDIIN"

Suatu kisah yang berlaku di zaman Rasululullah saw.  Satu orang wanita islam yang terjebak dengan zina telah berjumpa dengan Rasulullah saw dan beritahu baginda bahawa dia telah berzina dan beritahu kepada Rasullullah bahawa dia mengandungkan anak. Kerana dia sedar dan insaf akan azab Allah di akhirat dia ingin bertaubat dan tebus dosanya dengan hukuman yang setimpal didunia dan dimaafkan oleh Allah di akhirat. Kerana dia takutkan kemurkaan Allah diakhirat, dia bagitau Rasulullah untuk dihukum atas kesalahan zina itu. Lantas baginda saw menyuruh kembali hingga anak itu selamat dilahirkan. Selepas melahirkan anak itu, wanita datang kembali jumpa Rasulullah saw untuk jalani hukuman diatas keterlanjurannya. Namun Rasulullah saw suruh dia kembali dan susukan bayi hingga 2 tahun. Setelah 2 tahun berlalu, wanita datang kembali jumpa Rasulullah saw dan baginda suruh dia kembali dan jaga anak itu hingga anak itu boleh suap makanan sendiri. Setelah sekian waktu anak sudah boleh makan sendiri, maka pergilah wanita itu berjumpa Rasulullah saw untuk jalani hukuman. Setelah Rasulullah saw berpuashati dengan keadaan anak itu, barulah wanita menjalani hukuman rejam sampai mati. Pada ketika dia direjam, percikan darah terkena pada baju salah seorang sahabat. Sahabat itu merasa jijik dengan darah itu, lantas baginda saw berkata bahawa percikan darah itu sudah cukup untuk hapuskan dosa penduduk semenanjung Arab kerana tingginya darjat taubat wanita disisi Allah swt dan dengan itu Allah lepaskan dia dari azab diakhirat.

Tiada paksaan dalam agama! Kisah diatas cukup membuktikan bahawa hudud boleh dilaksanakan di mana-mana negara termasuk Malaysia kerana tiada paksaan untuk sesiapa menjalani hukum hudud.

Sesiapa orang islam yang kuat imanya dan mahu terlepas hukuman Allah di akhirat setelah buat dosa zina, bunuh atau apa-apa kesalahan, sudah pasti akan pilih untuk jalani hukuman berdasarkan hukuman Allah termasuk hudud, qisas dan takzir seperti wanita taqwa diatas.

Sesiapa orang islam yang lemah imanya dan takut dengan hukuman islam dan tidak takut akan hukuman akhirat, sudah pasti akan pilih untuk jalani hukuman berdasarkan undang-undang sivil. Sumber KLIK

Islam bukan agama paksaan. Perintah Allah pada umat islam ialah hanyalah mencegah(nahi) mungkar dengan kebaikan (makruf). Mungkar besar yang dibuat oleh orang bukan islam tidak mahu menerima Allah sebagai tuhan dan Muhammad sebagai rasul dicegah dengan baik iaitu diajak mengucap 2 kalimah syahadah. Mungkar paling besar yang dibuat oleh orang islam iaitu tidak tunaikan hak kalimah syahadah dan tidak solat dicegah dengan kebaikan iaitu jumpa orang islam dan ajak serta ingatkan supaya taat perintah Allah swt.

Itu sahaja kita perlua buat, ajak orang bukan islam masuk islam, kalau dia tak mahu biarkan dia kerana itu pilihan yang dia buat, tiada paksaan dalam agama islam.

Ajak orang islam yang tidak taat perintah Allah swt, mesti diajak, kalau dia tak mahu biarkan dia kerana itu pilihan yang dia buat, tiada paksaan dalam agama islam.



Allah tidak murka kepada umat islam kalau kita umat islam sudah mencegah mungkar (yang diterangkan diatas) dengan ajak kepada kebaikan kerana tiada paksaan dalam agama. Kerana manusia dibalas oleh Allah di akhirat berdasarkan pilihan manusia di dunia. Manusia pilih untuk ikut suruhan Allah dan Rasul dibalas baik manakala manusia pilih untuk ikut suruhan nafsu dan iblis dibalas buruk.

Jadi PAS dan UMNO sudah-sudahlah bertengkar. Balik kepada islam yang suci. Jangan takut untuk laksanakan hudud wahai PAS dan UMNO kerana pasti Allah suka dan redha. Bila Allah suka dan redha, pasti umat islam negara ini dirahmati Allah swt.

No comments:

Post a Comment