Keputusan penghakiman Liwat 2.0 benar-benar memeranjatkan semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana rata-rata mengikuti perbicaraan kes ini secara dekat melalui media TV dan akhbar. Dengan bukti yang ada cukup untuk mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat. Bukti CCTV di tempat kejadian, ketepatan DNA yang diambil dari mangsa dan barang yang Anwar guna di lokap dan jawapan yang konsisten dari saksi utama Saiful bila disoal oleh pendakwaraya dan peguambela Anwar cukup membuktikan bahawa Anwar ada kes prima facie dan patut diputuskan bersalah dengan kesalahan yang disabitkan terhadapnya.
Apatah lagi dari sudut agama islam, Saiful membuktikan dirinya benar-benar diliwat apabila beliau sanggup bersumpah dengan menyatakan kesanggupan dilaknat oleh Allah jika dia berbohong dan mencipta fitnah terhadap Anwar. Sumber mengatakan bahawa dia bersumpah 2 kali iaitu di Malaysia dan ketika menunaikan haji di Mekah.
Di awal perbicaraan Liwat 2.0 kita dapat lihat bahawa barisan utama peguambela Anwar pada Liwat 1.0 tidak lagi bersama Anwar kecuali seorang peguam bukan Islam yang berbangsa India, Sankara Nair.
Malahan ketua peguambela Anwar dalam Liwat 2.0 yang merupakan barisan peguambela Liwat 1.0 iaitu Tuan Haji Sulaiman Muhammad turut menarik diri disaat perbicaraan bermula.
Begitu juga bekas peguambela Anwar dalam Liwat 1.0 Zulkifli Nordin tidak turut serta dalam barisan peguambela Anwar untuk kes Liwat 2.0 kerana alasannya ialah bukti yang ada pada Liwat 2.0 sangat cukup untuk mensabitkan Anwar bersalah berbanding Liwat 1.0 yang mana bukti telah lama dan tarikh yang tidak tepat. Bukti dalam kes Liwat 2.0 cukup kuat.
Perbicaraan kes Liwat 2.0 mengambil masa yang sangat panjang dalam sejarah Malaysia kerana kes ini banyak kali bertangguh. Pihak peguambela Anwar banyak kali beri alasan untuk tangguhkan perbicaraan sehingga lebih 60 kali penangguhan dibuat yang telah memakan masa 3 tahun untuk diputuskan. Sepanjang perbicaraan, bukti yang ada pada pihak pendakwaraya sangat kuat untuk sabitkan Anwar bersalah. Namun hakim Zabidin memutuskan Anwar tidak bersalah. Semua rakyat kecuali pentaksub Anwar kecewa dengan keputusan ini. Alasan yang diberi oleh hakim juga kelihatan cukup dangkal iaitu kredebaliti DNA yang diragui. Walhal proses penilaian dibuat dengan cukup rapi dimana dua sumber DNA yang berbeza yang dinilai oleh dua pakar yang berbeza dan keputusan DNA membuktikan DNA test result adalah 'match' diantara kedua sumber DNA tersebut. Bagaimana dengan bukti CCTV, keterangan saksi utama Saiful dan ketiadaan alibi pihak Anwar?
Setelah keputusan Liwat 2.0 rakyat mulai ragui hakim Zabidin, adakah berlaku sogokan atau kroni Anwar? Begitu juga Jabatan Peguam Negara yang diketua Gani Patail, semua kes yang melibatkan Anwar atau konco-konco kuat Anwar dilihat sebagai tiada pendakwaan dibuat. Lihat sahaja kes laporan polis palsu yang Anwar buat ketika menafikan dia didalam rakaman video sex china-doll walhal 3 pakar mengesahkan bahawa itu adalah Anwar. Tiada pendakwaan dibuat walhal sudah ada report polis bahawa Anwar buat laporan polis palsu. Apa terjadi pada rayuan Saiful terhadap keputusan kes Liwat 2.0? Mana keadilan untuk insan kerdil seperti Saiful. Sikap yang demikian menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman negara kian terhakis kerana badan ini sepatutnya bebas dari mana-mana pengaruh.
Tiba-tiba semalam kecoh apabila bekas ketua pendakwaraya Liwat 2.0, Yusof yang nampak garang sekali ketika perbicaraan Liwat 2.0 menjadi peguambela Anwar bagi kesalahan Anwar beri arahan kepada pendemo dalam Bersih 3.0 supaya melanggar halangan polis. Jawapan yang Yusof beri ialah dia bersikap profesional bila ditanya oleh media.
Adakah Tuan Haji Sulaiman dan Zulkifli Nordin tidak profesional ? Atau Yusof hanya nampak duit dari nampak jenis orang yang patut dia bela? Adakah Yusof juga seperti hakim Zabidin dan Gani Patail? Rakyat makin resah dengan keputusan Liwat 2.0. Saiful kelihatan sangat teraniya.
Bacaan lanjut KLIK & KLIK
Bacaan lanjut KLIK & KLIK
Aku rasa pun macam ada benda tak kena dengan keputusan liwat baru-baru ni. Apa dah jadi dengan negara ni, dahla pembangkang macam taik.
ReplyDeleteMacam tak ada prinsip je dorang neh.
ReplyDeleteHAMPEH LA DORANG NI..KESIAN SI SEPUL
ReplyDeleteeee geramnye aku...sian kat saiful..ya allah tunjukanlah kebenaran
ReplyDelete