Friday, 4 May 2012

HOT: ANGGUK-ANGGUK IKUT KATA NIK AZIZ

klik imej untuk besarkan

Kemungkaran dalam BN nik aziz nampak tapi kemungkaran dalam PAS & PR nik aziz nampak tak? Nik aziz tuduh kerajaan BN tolak islam, nik aziz tak nampak ke apakah agama rasmi negara ini? adakah kerajaan  BN mengharamkan sesiapa yang beragama islam daripada mengamalkan mana-mana perintah Allah terutamanya asas agama yang Nabi saw sebutkan iaitu 5 rukun islam? Sudah pasti BN tidak pernah mengharamkan atau menghalang mana mana umat islam daripada menunaikan perintah Allah swt bahkan kerajaan negara ini memberi kebebasan dan menggalakkan untuk islam disebarkan sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan Nabi saw.

Bukti kesungguhan kerajaan mengembangkan islam, JAKIM ditubuhkan dan badan ini menganjurkan umat islam agar agama islam disampaikan kepada semua rakyat Malaysia sebab itu semasa pemerintahan perdana menteri Malaysia pertama Tuanku Abdul Rahman Al-Haj, beliau menubuhkan PERKIM yang sekarang dinaungi oleh Tun M. Sesiapa sahaja dari kaum India, Cina, Iban atau mana-mana mualaf akan diberi perlindungan dibawah PERKIM.

Wahai nik aziz mana bukti kerajaan BN tolak islam? Adakah sebab hudud? Mungkin itu punca sebenar Nik Aziz tuduh tolak islam. Kerajaan BN tidak pernah menolak hukum hudud tetapi hanya beri alasan keadaan rakyat berbilang kaum menyebabkan ada halangan untuk melaksanakanya. Seperti seorang islam yang tidak solat tetapi tidak pernah dia mengatakan dengan mulutnya bahawa "solat tidak ada dalam quran dan bukan perintah Allah", adakah kita boleh menghukumnya sbg seorang yg kafir yang batal syahadahnya?, sudah tentu tidak kerana dia masih islam dan perbuatanya tidak solat tidak membuatkannya dia jatuh kafir yang membatalkan syahadahnya. Perbuatannya tidak solat membuatkanya tergolong dalam golongan yang fasiq tetapi dia masih islam selagi dia tidak beriktikad untuk keluar islam seperti Lina Joy yang mana Ambiga menjadi peguam belanya.

Begitu juga kes hudud, orang UMNO tidak akan jatuh atau jadi kafir kerana tidak laksanakan hudud kerana UMNO tidak menafikan itu perintah Allah swt. Mungkin perbuatan itu tidak disukai oleh Allah namun tidak menjatuhkan mereka jadi kafir. Pada pandangan aku, oleh kerana pemahaman yang kurang jelas, keliru dan tidak tepat yang menyebabkan perlaksanaan hudud terbantut di negara ini. Walhal hudud boleh dilaksanakan di negara ini seperti penjelasan di sini KLIK

Jadi wahai nik aziz, kenapa kamu tuduh UMNO/BN tolak islam sehingga kamu sanggup bermusuhan dengan saudara islam kamu dan sanggup berkawan dengan DAP dan syaitan semata-mata marahkan saudara islam kamu?

Sebaliknya kamu wahai nik aziz membela semua kemungkaran pemimpin dalam PR termasuk ustaz saiful bukhari ADUN selinsing dan semua kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin PR seperti Anwar, Badrul Amin dan yang terkini Azmin. Kenapa tidak gesa mereka disiasat ikut lunas islam berdasarkan bukti2 yang ada? Ini tandanya nik aziz taksub pada asobiyah seperti yang nabi saw sebutkan dalam hadis;

2 comments:

  1. nik aziz kata UMNO tolak islam kerana hudud. tapi yang dia dengan nyata tolak islam tak perasan ke, sehingga memaki ustaz Nasya. menolak ayat Al Quran dengan nyata. tidak menolak islam juga kee.pelek tapi benar. inilah nik aziz.

    ReplyDelete
  2. terok sangat dah orang tua ni

    ReplyDelete