Monday, 14 May 2012

TAZKIRAH KEPADA AHLI PAS


Ahli PAS:
Memang benar. Sejarah telah menunjukkan bagaimana parti-parti islam setelah mendapat kuasa masih lagi berpegang dengan cara pemerintahan kafir yang sekular seperti di Turki dan Mesir sekarang. Bagaimana kita nak mendapat keyakinan bahawa setelah kita bekerjasama dengan kafir zimmi, islam boleh kembali tertegak sepertimana zaman khilafiah dulu…

Jawapan:
Kenapa perlu berkerjasama dengan orang kafir? Untuk Allah kembalikan pemerintahan islam tidak perlu kita berkerjasama dengan mana-mana orang kafir termasuklah kaffir zimmi. Apa yang umat islam perlu buat ialah kembali kepada ajaran islam sebenar yang dibawa oleh Muhamamd saw. Ajaran islam yang mana satu untuk kita mula2 tunaikan?

Nabi Muhammad saw bersabda yang maksudnya  ‘islam tegak atas 5 tiang ’. Allah swt telah turunkan perintah2 Nya secara berperingkat dengan kebijaksanaanNya.

Bagaimana islam bangkit di Tanah Mekah dan Madinah, jalan yang sama Allah akan guna untuk bangkitkan islam di akhir zaman. Islam tidak akan sesekali bangkit melalui sistem demokrasi yg merupakan ciptaan orang kafir.

Soroti balik sejarah kebangkitan islam selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun Madinah. Lihat balik siapa sahabat2 sebelum terima islam. Mereka ialah golongan jahiliyah. Namun setelah mereka peluk islam dengan mengucap 2  kalimah syahadah (Rukun Islam pertama) di Mekah, mereka bersama Nabi saw tunaikan hak kalimah syahadah iaitu jalankan kerja amar makruf nahi mungkar iaitu cegah mungkar orang bukan islam dengan makruf iaitu diajak mengucap 2 kalimah syahadah dan cegah mungkar orang islam dengan makruf iaitu diajak mentaati perintah Allah swt. Selama 10 tahun mereka tunaikan hak kalimah syahadah bersama Nabi saw, Allah tunaikan janjiNya iaitu kurniakan iman yang teguh dalam hati sahabat yang asalnya jahiliyah. Dalam quran dan hadis jelas bahawa iman dalam hati meningkat teguh setelah jalankan kerja amar makruf nahi  mungkar yang merupakan hak kalimah syahadah iaitu Rukun Islam pertama. Sahabat telah jadi beriman dengan tunaikan hak kalimah syahadah yang sayangnya umat islam harini tidak tahu hal ini dan menyangka Rukun Islam pertama cukup dengan mengucap sahaja tanpa tunaikan hak kalimah sepertimana Nabi saw dan sahabat2 lakukan. (seumpama ucap kalimah nikah tetapi tidak tunaikan hak nikah dengan abaikan tanggungjawab sbg suami)

Ketika peristiwa Israk Mikraj, Allah turunkan perintah Allah yang kedua yang merupakan (Rukun Islam kedua) lebih kurang tahun ke 11 kerasulan Nabi saw. Selama 13tahun di mekah 2 perintah besar iaitu yang terletak pada 2 rukun islam pertama, Allah fardhukan.

Allah menjadikan sahabat2 yang asalnya jahiliyah menjadi beriman setelah mereka tunaikan 2 rukun islam yang besar ini  selama 13tahun di Mekah sebagaimana Allah sebut dalam surah Luqman bahawa 2 perintah ini Allah mahu umat islam ambil berat menunaikannya;

Luqman[17]
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang (rukun islam kedua), dan jalankan kerja amar makruf nahi mungkar (hak rukun islam pertama) dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Setalah Allah jadikan sahabat orang-orang yang teguh imannya, Allah kurniakan janjiNya iaitu beri kuasa kepada orang beriman seperti yang berlaku di Madinah seperti yang Allah sebut dalam Quran;

Annur[55]
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Di Madinah Allah sempurnakan semua perintah2 Allah. 3 Rukun Islam puasa, zakat & haji diturunkan di Madinah. Dan perintah2 Allah yang lain yang berkaitan dengan Muamalat, Munakahat, Jenayah-syariat Qisas, Takzir, Hudud, Faraidh, Siyasah (bagaimana mentadbir Negara islam) dlln yang mencakupi seluruh hidup semuanya Allah turunkan di Madinah setelah para sahabat beriman teguh dalam hati. Kuasa harta Allah turunkan ketika mereka di Madinah kerana hanya orang beriman sahaja boleh mengendali dunia kuasa harta dengan menuruti perintah2 Allah swt..

Jadi, Allah hanya kembalikan pemerintahan islam kepada umat islam bukan dengan kita libatkan diri dalam sistem demokrasi yang merupakan sistem orang kafir tetapi kita kembali kepada ajaran islam yang dibawa oleh Muhammad saw sehingga Allah redha dan Dia akan tunaikan janji-janjiNya membantu orang2 beriman.

1 comment:

  1. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kita perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    ReplyDelete