Friday 4 May 2012

HOT: HADI KELUARKAN FATWA WAJIB DEDAH AIB PEMIMPIN UNTUK ELAK RAKYAT SILAP PILIH PEMIMPIN




Pendokong dan pentaksub pakatan rakyat ada yang sesat masuk ke blog -blog mesra kerajaan yang memaparkan kisah-kisah pemimpin pembangkang yang mendedahkan kisah buruk dan jelik mereka terutamanya kes main perempuan ( dulu kisah Anwar, Mat Sabu, Badrul Amin dan yang terkini tengah panas ialah Azmin Ali) mereka jadi panas telinga dan ada yang sungguh2 beri hujah beserta hadis supaya jangan dedah aib orang. Begitu juga di FB.

Apa yang aku perhatikan ialah kalau kesalahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO contohnya kes Rahim Tamby Chik dan terbaru NFC, bersungguh2 mereka dedahkan aib pemimpin yang terlibat. Tak cukup di dada akhbar mereka tapi dibawa ke masjid dan surau oleh ustaz2 PAS. Alasan mereka ialah ulama politik mereka Hadi, Nik Aziz mewajibkan hal ni kerana pemimpin dipilih oleh rakyat.

Tapi bila ada kes buruk yang dibuat oleh pemimpin2 pujaan mereka, lain bunyi pula. Mereka keluarkan hadis2 supaya tutup aib saudara islam. 

Kalau begitu kenapa wajibkan dedah keburukan pemimpin UMNO? bukankah mereka orang islam?
Oh lupa amanat hadi dan fatwa nik aziz dan fatwa Azhar Idrus bahawa orang UMNO adalah kafir. 


No comments:

Post a Comment