Tuesday 22 May 2012

APA LAGI NIK AZIZ NI..MERAPU-RAPU DAH NI!


KUALA LUMPUR 21 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mula memperlihat belang sebenar yang beliau tidak pernah ikhlas mahu bermuzakarah dengan UMNO apabila bertegas tidak setuju dengan perpaduan antara dua parti terbesar Melayu itu.

Pendirian itu dibuat hanya dua hari selepas beliau meletakkan syarat kepada UMNO jika mahu bermuzakarah, walaupun isu berkenaan dimulakan sendiri oleh Mursyidul Am Pas tersebut baru-baru ini.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz juga dilihat berdolak-dalik apabila berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk bermuzakarah tetapi topik perbincangan adalah kenapa UMNO lawan Pas dan bukan isu perpaduan.

"Saya tidak pernah setuju (pasal perpaduan) tetapi tentang muzakarah, saya tidak melihat sebarang masalah. Saya cadangkan UMNO dan Pas diwakili presiden masing-masing. Perbincangannya ialah tentang Pas lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan Pas," katanya di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Isu muzakarah kembali timbul apabila Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian tetapi selepas hasrat itu disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mula meletakkan syarat iaitu perlu menerima rakan pakatan Pas dalam pembangkang dan menukar dasar kebangsaan kepada Islam terlebih dahulu.

Tindakan Nik Abdul Aziz itu kemudiannya mengundang kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan syarat tersebut hanya alasan Pas untuk tidak bermuzakarah dengan UMNO.

Dr. Mahathir turut menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO walaupun melibatkan soal Melayu tetapi pada masa sama parti itu tidak pula meletak syarat ketika bersetuju bekerjasama dengan DAP.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Nik Abdul Aziz dalam nada sindiran menyatakan sebagai orang tua, Dr. Mahathir sepatutnya tahu bahawa setiap muzakarah perlu ada syarat.

"Tun Mahathir orang tua, dia tahu bila ada pertemuan memang ada syarat. Kita nak kahwin dua orang pun ada syarat, inikan muzakarah.

"Kita nak buka syarikat ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Menandatangani Perjanjian Pembinaan Kilang Sawit Tapis Antara Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Sungai Terah Sdn. Bhd. dengan Modipalm Engineering Sdn. Bhd.

Nik Abdul Aziz turut menolak sindiran Dr. Mahathir mengenai kerjasama Pas-DAP, dengan menyatakan Pas turut meletakkan syarat untuk bekerjasama dengan parti itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Ditanya tindakan banyak pihak yang mempersoalkan keikhlasan Pas dan kemungkinan muzakarah itu hanya gimik politik, Menteri Besar Kelantan itu berkata: "Bila sebut Islam, dia mesti mempunyai unsur ikhlas, tidak ada Islam yang tidak ada ikhlas, yang tidak ikhlas itu munafik.

Beliau turut menyifatkan andaian mengatakan ada pemimpin Pas menolak muzakarah tersebut sebagai mengarut sambil menambah, pihak yang tidak mahu bermuzakarah adalah orang bukan Pas.

7 comments:

  1. Kepala babi kau lah najis oiii.
    Dgn kafir harbi dapigs tiada syarat.
    Dgn aljuburi tiada syarat.
    Berapa banyak butuh babi yang kau dah telan.?
    Berapa kali aljuburi sondol punggung kau?
    Sedap sangat ka????
    Bersyarat memang sikap Yahudi dan Dajjal mcm kau Bapak Kafir

    ReplyDelete
  2. PAS semakin melalui zaman gelap kerana nik aziz makin gelap mata dengan kuasa dan dia sendiri tak sedar yang dah tua tapi asyik nampak Tun M saje yang tua tapi sayang dia sendiri tak muhasabah diri bahawa sudah tua juga dan lebih banyak masuk hospital dari Tun.

    ReplyDelete
  3. rakyat dah tak percaya pas bawak islam sebab puak2 mereka sendiri hancurkan islam bersama-sama anwar dan dap

    ReplyDelete
  4. situa nyanyuk ni dah betul2 sah nyanyuk,dah betul2 sah pekak,bisu,buta dan nazak ..inilah akibat orang yg melewati batas,orang yang belagak berilmu tinggi yang cuba melebehi ilmu Tuhan Yang Maha Esa...tunjuk pandai nak mengalahkan kepandaian Allah dan para rasulNya...inilah contoh manusia ciptaan Allah yang mudah ditipu dan dipesongkan/disesatkan oleh Iblis dan syaitan....padan ngan muka siluncai tua tak sedar diri.....ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh...

    ReplyDelete
  5. nik aziz kelihatan sudah hilang prinsip asas islam..pegangan islamnya hancur dek politikkan agama..buruk sungguh nampak sanggup mahu bekawan dgn syaitan, solat haji adalah demonstrasi, quran adalah ayat2 politik...buruk sungguh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ,


    Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.
    Tanyalah diri sendiri,bilakah kali terakhir dikau mendampingi alim ulamak,bilakah kali terakhir dikau membaca ayat-ayat al-quran dan mengkaji maksudnya,bilakah kali terakhir dikau menghadirkan diri ke majlis ilmu? Jika masih jauh ketinggalan,hadirkanlah dirimu ke majlis ilmu dan berlapang dada utk menerima ilmu Allah Yang Maha Luas.Insya-Allah,di hujung usahamu ,akan kau temui jawapan bagi kemelut politik yg serba kucar kacir ini.

    ReplyDelete
  7. Pesanan anon 15:32 sangat bagus dan berilah pesanan yang sama kepada puak2 pembangkang sana ye...tqvm

    ReplyDelete