Tuesday 15 May 2012

WAJIB BACA: CITA-CITA DAP UNTUK SATUKAN MALAYSIA DAN SINGAPORE


KAMI sangat yakin Aspan Alias juga akan kembali kepada UMNO semula. Jika Naib Pengerusi DAP yang tidak ada kuasa itu sudah sedar, apakah kamu fikir Aspan Alias tidak akan sedar. Dia akan sedar tuan-tuan bukan kerana dia dibayar, kerana dia rasa bersalah kepada agama dan bangsanya. Kini dia tersentak apabila Tunku Abd Aziz keluar DAP, meninggalkan kawan baiknya Lim Kit Siang.

Tunku Abdul Aziz tahu Lim Kit Siang adalah budak suruhan Lee Kuan Yew yang diarah berarak di atas jalanan. Anda mungkin lupa sejarah Lim Kit Siang, ketika Lee Kuan Yew dipisahkan dari Tanah Melayu, Lee Kuan Yew menangis teresak-esak kerana harapan dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia berkecai! Sebelum itu, semasa Lee Kuan Yew melawat negara-negara Eropah, beliau sempat berjumpa Presiden Tito. Lee Kuan Yew memperkenalkan barisan kabinet dan duta-duta perniagaannya...Lee Kuan Yew memperkenalkan dirinya sebagai Prime Minister. Dia lupa Perdana Menteri sebenar ialah Tunku Abdul Rahman.

Berita ini sampai ke pengetahuan Tunku. Tunku tahu cita-cita Lee Kuan Yew. Apabila PAP menang besar PRU di Singapura, 3 Kerusi UMNO dipecah-pecahkan. Orang-Orang Cina dari tanah besar China, Hong kong dan Taiwan diimport untuk memperbanyakkan orang Cina di Singapura. Maka pada PRU 1964, UMNO kehilangan 3 kerusi parlimennya di Singapura atas kebijakan Lee Kuan Yew menyusun dan menghalau pengundi-pengundi Melayu di Singapura.

Selepas berjaya di Singapura, Lee Kuan Yew telah menghantar Calon-Calon PAP untuk bertanding di Tanah Melayu pula. Mereka lawan MCA tetapi malangnya PAP hanya menang di Bangsar. Maka, bala tentera  PAP pun pulanglah ke Singapura dengan kecewa.

Lee Kuan Yew kemudian mengarahkan Lim Kit Siang membuka cawangan PAP di Melaka, dengan nama baru DAP. Warna, pemikiran, minda, perbuatan, cara semuanya ikut cara PAP. Dana kewangan semuanya dari PAP. Tunku  Abdul Aziz kata Lim Kit Siang bermula di jalanan, di atas jalan menjerit dan menjerit. Kini DAP sangat berbangga selepas menguasai Pulau Pinang dan Selangor.

Tunku Abdul Aziz tahu jika dia terus berada di dalam DAP, perkara yang tidak difikir oleh orang Islam dan orang Melayu ialah next Prime Minister. Anda semua dimomokkan yang Anwar akan menjadi PM.

Anda silap sebenarnya. PM yang akan datang jika PR khususnya DAP menang di 88 Kerusi Parlimen ialah Lim Guan Eng. Kamu Tak percaya. Kamu boleh bertanya YB Tan Tee Beng dan Huan Cheng Huan di Pulau Pinang. YB Jeff Ooi telah Melafaz Sumpah bahawa dalam 10 tahun ke depan, Prime Minister di Malaysia mestilah Cina Kristian (Lim Guan Eng).

Selepas sahaja LGE menjadi PM sementara (quote PM Sementara)...Singapura akan dibawa masuk menyertai Malaysia. dengan 88 kerusi Parlimen di Malaysia dan lebih 47 kerusi di pihak Singapura , maka Lee Kuan Yew akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum hembusan terakhirnya. Sudahkah kamu lupa Lee Kuan Yew menyatakan hasratnya dua kali di akhir 1999 dan di awal 2000an untuk kemungkinan kembali kepada Malaysia!

Sebab itulah Tunku Abdul Aziz keluar DAP!

Selepas Aspan Alias membaca pembuka artikel ini, dia juga akan keluar DAP. Sebab saya kenal Aspan Alias.

Terima kasih sudi membaca dan menyiarkannya.


(kiriman ke kotak emel yang tidak diedit)

sumber: Mymassa

4 comments:

  1. dah lama tahu dah..bukan kah lee kuan yew selalu jumpa lge kat penang....kena highlight kan isu nie baru orang melayu nak berfikir masa mengundi nanti

    ReplyDelete
  2. betul nak kena highligh benda alah ni banyak kali sebab melayu ni mudah sangat lupa. kes panas2 dulu yang berkaitan pemimpin PR dan sejuk dah, nak kena peringat banyak kali.

    ReplyDelete
  3. mengikut pandangan makrifat para wali Allah, perkara ini akan jadi kenyataan x lama lagi...di parlimen akan ada 2 -3 MP Melayu je...yg semuanya itu jenis hangguk kepala jer...
    tetapi ianya tak lama...org melayu akan tersedar dari lena dan akan bersatu bangkit mengembalikan permata yang hilang...

    ReplyDelete
  4. ada pula berfirasat bahawa untuk elak pergaduhan besar yang lebih dasyat dari 13 Mei 1969, PRU 13 tidak dijalankan dan akan ada MAGERAN II, wallah waklam betul ke tak...

    ReplyDelete