Monday 26 September 2011

ANWAR AKAN DIREJAM SAMPAI MATI?


Anwar bersetuju dengan hasrat Nik Aziz untuk laksanakan hudud di kelantan. Anwar nampaknya kembali islamik setelah menyokong fahaman pluralisme agama. Tetapi rakyat semua boleh baca tindakan ini dilihat lebih kepada survival politik Anwar sendiri.

Ini kerana sekiranya hudud benar2 dilaksanakan di negara ini, bersediakah Anwar dibicara dalam kes video seks di Jalan Ampang dan di Thailand serta kes Liwat 2 menggunakan hukum Hudud atau Takzir?

Jika dilihat bagaimana Anwar menjalani perbicaraan kes Liwat 2 menerusi undang2 sivil yang telah membuat penangguhan puluhan kali, jadi kita boleh agak Anwar tidak akan berani menjalani perbicaraan kes liwat dan video seksnya menggunakan hukum hudud atau takzir kerana dengan bukti yang ada, dia bakal menghadapi hukuman rejam sampai mati.

Sedarlah bahawa PAS dan Anwar guna agama hanya untuk kepentingan undi supaya dapat kuasa. PAS dan Anwar guna hudud untuk modal politik semata-mata.

Kalau PAS ikhlas nak jalankan hudud dah lama boleh buat, kerana Allah takkan halang orang yang benar2 ikhlas nak jalankan perintahNya.

Orang yang benar2 ikhlas nak solat, pasti Allah bagi taufik untuk berterusan menjaga solat walau apa jua rintangan. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas dalam mengerjakan solat, tidak akan dapat berterusan menjaga solat, kadang2 solat, kadang2 tidak. Ada orang, solat, bila orang takda, tak solat. Orang suka buat, orang tak suka tak buat.

Samalah kes hudud PAS ni. Kalau Nik Aziz dan Hadi Awang ikhlas nak jalankan hudud kerana Allah, pasti takkan ada halangan. Takkan ada siapa pun boleh halang bila Allah bantu. Kerana Allah pasti bantu hambaNya yang berusaha menjalankan perintahNya.

Kita tak tahu hati manusia, tetapi kita boleh baca dari perbuatan manusia samada ikhlas kerana Allah atau kerana manusia. PAS tidak ikhlas kerana Allah untuk jalankan hudud sebaliknya hanya untuk kepentingan undi supaya melayu yang islam yang suka agama tertarik dengan PAS dan undi PAS dalam pilihanraya. Bila PAS nak berkuasa seluruh negara, PAS faham tidak boleh bergerak sendirian. Dengan itu PAS bergabung dengan DAP dan PKR. Bila PAS bergabung dengan DAP yang tidak mahu hudud dilaksanakan, PAS telah gugurkan perlaksanaan hudud dan negara islam. Bila hampir pilihanraya, Nik Aziz kembali canang hukum hudud akan dilaksanakan di kelantan.

Inilah buktinya PAS tidak ikhlas nak jalankan hudud kerana Allah. PAS tidak patut beri alasan dalam menjalankan perintah Allah. PAS tidak sepatutnya salahkan Tun sebagai penghalang sebab dia bukan tuhan. Sekiranya ada sekalipun, PAS patut teruskan melaksanakan hudud kerana Allah yang suruh.

Seseorang tidak boleh salahkan orang lain kalau dia tidak dapat solat. Dia kena salahkan diri sendiri kerana tidak dapat solat. Nik Aziz tidak boleh salahkan Tun bila tak dapat jalankan hudud tetapi sebaliknya kena salahkan diri sendiri.

PAS sebenarnya nak jalankan hudud hanya untuk dapat undi melayu. Amal yang tidak buat kerana Allah adalah amal yang tidak ikhlas. Amal yang dibuat kerana nak sukakan orang contohnya PAS berjanji jalankan hudud supaya orang islam suka pada PAS dan beri undi PAS adalah amalan yang tidak ikhlas.

Amal yang tidak ikhlas ialah amalan yang sia2 wahai Nik Aziz dan Hadi Awang. Habis ilmu agama Nik Aziz dan Hadi Awang dek dikotorkan dengan bergelumang dalam kancah politik.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment