Tuesday 27 September 2011

TITAH DIRAJA, ISLAM MESTI DIMARTABATKAN!


Pertahan Islam!

Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia selama 2 hari yang bermula semalam mendapat perhatian semua pihak termasuk raja-raja Melayu dan tokoh akedemik.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam titah perasmian mengingatkan, raja-raja Melayu akan terus berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk peribumi serta agama islam.

Raja Dr. Nazrin Shah dalam titah diraja pula menarik perhatian apabila mengingatkan mengenai cabaran dan ancaman terhadap umat islam terutamanya berkaitan akidah.

Malah Pemangku Raja Perak itu menegaskan Islam tidak harus menjadi alat bagi meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga sedia berkompromi dengan prinsip menyentuh akidah.

Baginda turut menyentuh kalimah suci Allah telah diguna pakai oleh pihak lain sedangkan ia merupakan hak eksklusif umat Islam. KLIK

"Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'meng-Allah-kan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. [Ia merupakan] satu keredhaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah"

- Raja Dr Nazrin Shah

No comments:

Post a Comment