Thursday 29 September 2011

KERANA HUDUD, PAS HILANG DI MATA RAKYAT


PAS sebuah parti yang gah kononnya sebuah parti yang memperjuangkan islam. Islamnya PAS bergantung kepada perjuangan menegakkan hukum hudud sejak dari dulu lagi dan menuduh UMNO sebuah parti kafir kerana menolak perlaksanaan hukum hudud.

PAS dulunya dibarisi golongan ulama yang dikepalai Nik Aziz dan Hadi Awang dan yang lain2. Mereka mengecam keras Tun Mahathir yang tidak bersetuju perlaksanaan hudud di Malaysia. PAS menawan Kelantan pada tahun 1990, bermakna sudah masuk 21 tahun PAS memerintah di kelantan. Tetapi hingga kini tiada hudud dijalankan di kelantan. Semasa muktamar PAS baru2 ini, perlaksanaan hudud  dan penubuhan negara islam diketepikan kerana memberi laluan kepada kepentingan politik PAS bagi menawan Putra Jaya.

PAS nampaknya sanggup ketepikan islam demi kuasa politik. PAS dahulukan usaha merebut kuasa daripada menegakkan hukum islam.

Mana patut didahulukan? samada mendahulukan apa yang Allah suka atau redha atau mendahulukan apa yang diri sendiri suka iaitu kuasa menawan Putra Jaya?

PAS bakal hilang pengundi atas pagar yang suka agama kerana PAS kelihatan tidak lagi konsisten perjuangkan isu islam. Isu kalimah Allah, PAS dilihat gagal sebaliknya meletakkan kesalahan kepada UMNO. Isu permurtadan 12 orang islam di gereja damansara, PAS dilihat gagal dan sekali lagi menyalahkan UMNO. Isu bacaan Quran di Penang, PAS kelihatan gagal lagi, sebaliknya UMNO jadi mangsa.

Sikap PAS menyalahkan orang lain dalam isu2 berkaitan islam menampakkan kepada rakyat bahawa PAS tidak bersungguh2 memperjuangkan islam. Mungkin kerana PAS takut akan DAP.

Namun, tindakan Nik Aziz ingin melaksanakan hudud di Kelantan baru2 ini benar2 mencabar kewibawaan presiden parti, Hadi Awang yang sehingga harini belum ada kenyataan rasmi darinya. PAS benar2 dilihat sebuah parti yang tidak terurus. Tiada kesefahaman diantara barisan depan pimpinan PAS.

Jelas sekali, PAS sudah jadi parti yang gagal menarik keyakinan rakyat untuk mengurus negara kerana barisan pemimpin PAS dilihat tidak mampu urus parti dengan baik dan diantara mereka tiada kesefahaman antara mereka.

Sekiranya PAS memerintah negara bersama PKR dan DAP, cuba bayangkan apa bakal berlaku kepada agama rasmi negara, apa terjadi kepada Raja-raja melayu, apa yang terjadi kepada kaum melayu?

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment