Friday 9 September 2011

MELAYU BERPECAH-BELAH, APA AKIBATNYA?


Melayu yang merupakan bangsa yang mendefinasi islam sebagai agama rasmi telah berpecah kepada beberapa golongan seperti melayu dalam UMNO, PAS, PKR dan golongan pemerhati yang merupakan penentu kuasa melayu di bumi Malaysia. Kaum cina jelas berjaya memegang kuasa ekonomi. Kaum Cina terutamanya yang dalam DAP tidak mungkin berpuas hati kalau setakat mereka cari duit dan bayar tax kepada kerajaan pemerintah. Sekarang mereka mahu memegang kuasa ekonomi dan kuasa pemerintahan negara ini agar tax yang dibayar mereka kembali kecapi. Kaum India merupakan kaum minoriti yang hanya mengikut arus perdana.

Apa jadi dengan melayu? melayu terus pecah dan terus bergaduh kerana perbezaan edologi politik. Kaum cina boleh bersatu walau mempunyai perbezaan edologi politik selagi mereka boleh berniaga dan buat duit. Jika perpecahan melayu terus berlanjutan apa akan jadi PRU13? DAP cekap main isu agama. Mereka lontarkan idea untuk jadikan PM Malaysia nanti yang beragama kristian. Jika setiap ahli parlimen bukan islam bersatu di bawah DAP dan ahli parlimen melayu dalam PAS dan ahli parlimen melayu dalam PKR bersama dengan DAP.

Apa akan jadi? ahli parlimen melayu-islam dalam UMNO akan terkontang kanting jadi pembangkang negara ini. Pada masa itu, Malaysia telah jadi Singapore nombor 2. Penang telah menampakkan riak2 untuk kearah itu. Bila ini berlaku, kuasa Raja2 melayu akan hilang, kuasa politik melayu akan hilang, islam agama rasmi akan hilang.

Barisan pemimpin melayu samada dari Raja-raja melayu, UMNO & PAS yang sayangkan islam dan bangsa melayu sepatutnya risau tentang hal percaturan politik DAP yang berusaha keras kearah memujuk pemimpin2 bukan islam bersatu di bawah satu payung.

Umat islam dalam bahaya. Selamatkan Malaysia.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment