Sunday, 11 September 2011

PERJUANGAN BELUM SELESAI 1


Perjuangan yang belum selesai ialah perjuangan memartabatkan islam di negara ini dan akhirnya ke setiap pelosok muka bumi Allah. Bila kita tidak jadikan islam sebagai matlamat utama dalam perjuangan kita akan berpecah belah.

Perjuangan nenek moyang kita berdasarkan bangsa di negara ini akan berakhir jua dan ianya tidak akan berkekalan hingga 100 tahun krn tengoklah sekarang bangsa melayu telah pecah 3 secara umumnya. Kita tidak boleh salahkan nenek moyang kita kerana memperjuangkan bangsa waktu dahulu kerana keadaan dulu kala menuntut bertindak sedemikian krn kefahaman islam dan orang islam yang suka islam amat sikit waktu dahulu. Dan tidak ada yang faham islam sptmana yg dibawa oleh Muhammad saw. Yang ada islam tafsiran yang salah seperti PAS dan Jemaah Tabligh.

Bangsa melayu akan cemerlang bukan kerana perjuangkan bangsa tapi bangsa melayu akan jadi cemerlang bila perjuangkan agama Allah seperti Muhammad saw dan bukan seperti PAS dan Jemaah Tabligh buat. Perjuangan PAS dan Jemaah Tabligh sebenarnya terpesong dari ajaran sebenar Muhammad saw yang telah diikuti oleh Sahahat2nya .

~ pengikut Muhammd saw

No comments:

Post a Comment