Friday, 30 September 2011

NAJIB MESTI TUNAIKAN TUNTUTAN KAUM CINA


Slogan " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'

Persidangan Agung Tahunan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia 2011 yang diadakan di Kuantan pada 24 September.  Tuntutan-tuntutan kaum Cina Malaysia pada persidangan tersebut patut Najib kotakan segera yang mungkin KLIK


Kalau tidak ditunaikan secepat mungkin Najib mungkin akan kehilangan undi kaum Cina Malaysia kerana kegagalan memenuhi Slogan " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' . Kedudukan Najib tidak selamat lagi bila kaum Cina tidak beri undi kepada BN.

Undi Melayu jangan dirisaukan. Melayu akan bersabar dengan apa sahaja hak kaum melayu yang dikurangkan. Apa sahaja kepentingan Melayu yang menjadi sebab undi kaum Cina kurang minat untuk undi BN, perlu dihapuskan demi undi Cina.

Perlu diingat, kaum Melayu jangan sekali pertikai hak kaum lain negara ini tetapi Melayu mesti sanggup sedekahkan hak Melayu kepada kaum lain demi kelangsungan pemerintahan kerajaaan BN.
Dalam abad-21, kaum Melayu sepatutnya mampu berdikari dan Melayu tidak perlu lagi diberi perhatian penuh oleh kerajaan BN. Mahu tidak mahu ini kenyataan yang perlu kaum Melayu ambil perhatian. KLIK

Namun, apabila kaum Cina & India tuntut perhatian kerajaan, kerajaan perlu ambil perhatian yang sangat serius demi kelangsungan politik kerajaan BN. Bila segelintir kaum Cina mempermainkan lagu Negaraku KLIK, kesucian agama Islam seperti menyimbah cat merah ke surau dan mempersendakan kaum Melayu kerajaan Najib tidak perlu ambil perhatian serius kerana Melayu ada Melayu yang layu bila dipujuk nanti. Tetapi bila ada melayu yang buat hal dengan kaum Cina, kerajaan Najib pantas dan segera ambil tindakan seperti hukuman ke atas anak Melayu yang membakar sebahagian kecil pintu gereja yang jauh lebih kurang kesalahan berbanding kesalahan simbat cat merah di sebahagian besar surau.

Kaum Cina tuntut perhatian serius diberi kepada pelajar2 cina yang sememangnya majoriti golongan berada. Tahniah, Najib kerana bertindak pantas dengan salurkan bantuan2 kepada yang memerlukan.

Peruntukan bagi pelajar2 Melayu perlu dikurangkan kerana mereka sudah lama terima bantuan meskipun tahap kemiskinan melayu masih di tahap yang tinggi kerana kerajaan patut memberi laluan kepada kaum Cina walaupun tahap kemiskinan mereka jauh rendah berbanding Melayu. Kalau tidak undi cina akan berubah tempat.

Wahai melayu bersabarlah dengan apa jua yang menimpa kamu dan janganlah berdukacita. Pohonlah keampunan dari tuhanmu dan taatlah Allah dengan kembali mengamalkan ajaran Rasul kamu Junjungan Besar Nabi Muhammad saw dengan sebenar-benar taat sebagaimana golongan sahabat. Berlepaslah diri dari ditipu dengan perjuangan Islam palsu seperti PAS.

Yakinlah pada janji Allah. Janji Allah pasti benar apabila kita menuruti perintahNya sebagaimana Rasulmu. Janji manusia belum pasti kerana manusia memiliki hawa nafsu yang akan berubah-rubah. Janganlah wahai Melayu kamu menagih janji manusia. Tagihlah janji Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kerana janji Allah pasti benar. Bantuan Allah pasti benar bila kamu datang kepada ketaatan yang sebenar-benarnya sebagaimana Rasulmu.

Kemelut permasalahan umat islam pasti akan diselesaikan oleh Allah nanti dengan izinNya. KLIK

Bacalah kisah dalam Al-Quran yang mana kisah yang Allah nukilkan dalam AL-Quran Al-Karim dalam surah Al-Baqarah ayat 246 hingga ayat 251.

Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” Nabi mereka menjawab: “Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,” Mereka berkata: “Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.
 
Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: “Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: “Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?” Nabi mereka berkata:” Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

 
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.

 
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.

 
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”

 
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam. (Surah Al-Baqarah ayat 246-251)
~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment