Saturday, 24 September 2011

IBRAHIM ALI PERTIKAI CARA ISA DIHAPUSKAN


Dalam rancangan TV1 pagi tadi, Ibrahim Ali mengatakan bahawa sebelum ISA dihapuskan sepatutnya diadakan pungutan suara rakyat Malaysia kerana ia bukan hak PM, bukan hak kerajaan tetapi hak rakyat  Malaysia yang sayangkan keamanan dan keselamatan negara.

Janganlah slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik politik.

Ibrahim Ali selaku presiden Perkasa bersuara sebagai wakil orang melayu yang mahukan keselamatan negara terjamin. Dia berkata lagi, sebelum ISA dihapuskan, sepatutnya satu undang2 baru yang lebih baik dari ISA digubal dan siap sedia dilaksanakan pada hari yang sama ISA dihapuskan.

Sepatutnya ISA atau undang2 baru bagi mengekalkan keselamata negara mesti diperbaiki supaya lebih baik dari ISA. ISA digunakan untuk tahan mana2 individu yang mampu timbulkan huru hara secara skala besar seperti ugutan tukar bendera negara, isu perkauman, agama & sejarah.

Kalau setakat kritik PM atau mana2 individu, memanglah tak sepatutnya ISA digunakan.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment