Lihatklah kenaikan harga barang yang melambung tinggi lantaran harga pasaran barang dimonopoli oleh orang tengah yang majoriti kaum cina. Petani dan nelayan yang kebanyakan kaum melayu, bumiputera lain dan india terpaksa jual hasil tanaman dan tangkapan dengan harga yang rendah kepada orang tengah dan pengguna yakni rakyat kebanyakan dipaksa beli barang keperluan dengan harga yang tinggi di pasaran runcit. Sungguh meletihkan.
Bila rakyat bising harga barang tinggi. Kerajaan bagi bonus kepada penjawat awam dalam kerajaan. Kerajaan tawarkan duit kepada peneroka felda. Golongan ini dapat berbelanja beli itu dan ini kerana diberi duit tadi. Golongan selain dari golongan tu, dapat apa?
Memang tidak dinafikan ada usaha kerajaan ringankan beban rakyat seperti 'Klinik 1 Malaysia' yang kenakan bayaran yang rendah. Tetapi rakyat kebanyakan tidak sakit hari-hari. Tapi hari2 terpaksa berbelanja duit untuk makan, minum, belanja anak sekolah, tol (yang tinggal di bandar), petrol, air elektrik & lain2 keperluan harian.Idris Jala apa tau? tau nak melingkupkan je la....konon bijak dgn formulanya sehingga kikis perlahan2 kepentingan melayu~islam.
Wahai kerajaan yang memegang amanah dari Allah, rakyat marhein yang bukan dari golongan pekerja kerajaan, peneroka felda yang pendapatan tak menentu dapat apa? dapat bala kesan dari kenaikan harga barang....
Pemandu bas, lori, pemandu teksi, penoreh getah, pesawah, nelayan, peyon, pekerja kilang, pak cik guard, pekerja hotel, pemandu bot, penjaja kecilan, penyapu sampah, pekerja KFC, peminta sedekah dan banyak lagi....semua mengeluh barang mahal. Bawak RM50 ke kedai tak banyak barang yang dapat. Ke pasar tak payah berangan la mereka nak makan ikan yang segar dan bagus.
Wahai kerajaan yang diberi amanah oleh Allah, renungkan lah dan tunaikan amanah dari Allah sebelum Allah menukar kamu dengan golongan yang lain.
~ pengikut Muhammad saw
No comments:
Post a Comment