Monday 12 September 2011

BUKTI PAS MERASAI SUDAH DITERIMA AHLI SYURGA DAN BERJUANG DI JALAN BENAR


Apa yang Ibrahim ali katakan tentang 'fatwa' terbaru Nik Aziz (usaha UMNO menawan kelantan PRU13 berdosa) memang ada kebenarannya. Nik Aziz sangat percaya perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar disisi Allah wahlal tidak kerana telah menyimpang dari perjuangan Rasulullah saw dan sahabat2nya.

Rasulullah saw dan sahabatnya berjuang menegakkan islam bermula dengan menunaikan tuntutan Rukun Islam Pertama iaitu mendakwahkan kalimah syahadah kepada none-musim dan mengajak yang sudah islam kepada mentaati perintah Allah yang pertama iaitu dakwah kpd none-muslim, mengajak menunaikan solat dan segala perintah2 Allah swt. Inilah perjuangan Rasulullah bersama sahabat2nya yang akhirnya diredhai Allah. Hasil daripada keredhaan Allah terhadap Rasulullah & sahabat2nya, Allah menunaikan janjiNya memuliakan Rasulullah saw dan sahabat2nya dengan mengurniakan kuasa pemerintahan kepada Rasulullah saw & sahabat2nya di Madinah.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka: Surah An-Nur - ayat 55

Perjuangan PAS tidak sama dengan perjuangan Rasulullah saw dan sahabat2nya. PAS berjuang dalam sistem demokrasi guna agama untuk membuat orang suka dan apabila ramai orang suka, maka ramailah orang undi PAS seperti di Kelantan. Tanda utama perjuangan PAS menyimpang dari ajaran Muhammad saw ialah PAS tidak dakwahkan kalimah syahadah kepada none-muslim setiap hari seperti Rasulullah saw dan sahabat2 lakukan. Yang kedua, ahli PAS sendiri tidak dititikberatkan menjaga solat seperti Nabi saw iaitu 5 waktu berjemaah. Apatah lagi kalau imam masjid dari kalangan orang UMNO, pasti ahli PAS tidak akan datang masjid dan memilih solat di rumah termasuk solat Jumaat.

Perjuangan Rasulullah saw dan sahabat adalah mengajak manusia membuat Allah suka atau redha dan berusaha mendapatkan keredhaan Allah swt sehingga Allah redha.

Perjuangan PAS adalah mengajak manusia suka kepada ulama dan pemimpin mereka serta pemimpin dan ulama mereka berusaha membuat orang suka supaya mereka memberi undi kepada PAS.

Perjuangan PAS bukan perjuangan islam yang sebenar. Mereka hanya berlindung disebalik rupa dan cakap agama. Mereka berusaha membuat manusia suka mereka supaya mendapat undi yg banyak dan akhirnya dapat dunia yang mereka sukai iaitu kuasa. PAS bukan berjuang mencari keredhaan Allah tetapi berjuang mencari keredhaan manusia. PAS berjuang guna agama untuk dapat kuasa. Kerana matlamat perjuangan PAS untuk dapat kuasa, akhirnya agama dientengkan buktinya bila PAS bersama DAP.

Kalau PAS benar ikhlas dalam perjuangan mencari keredhaan Allah spt Rasulullah saw dan sahabat2nya. PAS tidak akan tunduk kepada desakan DAP. Lihatlah Rasulullah saw tidak berganjak dari perjuangan mencari keredhaan Allah walaun nyawa diancam oleh musyirikin Mekah.

Perjuangan islam PAS adalah palsu.

~ pengikut Muhammad saw

No comments:

Post a Comment